Lepas tarik diri, semua telko kini setuju masuk DNB

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas pengumuman peralihan daripada kontraktor tunggal (SWN) kepada dwi kontraktor (DWN) pada Mei lepas bermatlamat untuk “memecahkan monopoli” Digital Nasional Berhad (DNB), beberapa siri kejadian yang meragukan berlaku.

Tidak lama selepas pengumuman dibuat, CelcomDigi dan TM membatalkan perjanjian mereka dengan DNB. Maxis dan U Mobile pula seolah-olah melambat-lambatkan keputusan menandatangani perjanjian awal sebelum memutuskan untuk tidak menyertai. Hanya YTL Communications yang tidak mengubah pendirian mereka untuk memegang ekuiti DNB sejak awal.

Bagaimanapun semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan yang Pasukan Tindakan Khas 5 berjaya mencapai persetujuan perjanjian akses dan penglibatan ekuiti 5G untuk DNB apabila 4 syarikat telekomunikasi yang sebelum ini menarik diri atau tidak menyertai perjanjian mahu kembali memiliki ekuiti DNB.

Menurut kenyataan dikeluarkan, 4 syarikat itu adalah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, dan U Mobile. Sebuah lagi syarikat yang memegang ekuiti DNB adalah YTL Communications. Menerusi persetujuan ini, mereka akan memiliki kepentingan di dalam DNB, menyokong pembangunan 5G hingga mencapai 80% liputan seluruh negara sebelum peralihan kepada dwi kontraktor pada Januari 2024.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan banyak keraguan tentang kemampuan Fahmi sebagai menteri bertanggungjawab kerana dengan penyertaan kembali kesemua syarikat telko utama negara, ia hampir tiada beza dengan pendekatan SWN dahulu, bezanya syarikat telko kini akan memegang ekuiti di kedua-dua kontraktor pelaksanaan 5G negara, mewujudkan situasi “mega monopoli”.

Di dalam DNB- sebuah syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan- syarikat telko memegang ekuiti yang membolehkan mereka secara terus mempunyai pengaruh ke atas semua keputusan DNB. Di dalam kontraktor kedua, mereka boleh meneruskan agenda komerisial mereka.

Situasi ini bercanggah sama sekali dengan hasrat Fahmi yang mahu memecahkan monopoli DNB kerana beliau kini secara langsung bertanggungjawab ke atas pembentukan “mega monopoli” telko dalam pelaksanaan 5G termasuk monopoli ekuiti dalam DNB yang memberikan mereka kuasa dan suara mempengaruhi dasar kerajaan.

Perkara ini sudah dijangka oleh ramai penganalisis sebelum Putrajaya tunduk kepada tekanan pihak tertentu untuk melantik kontraktor kedua 5G.

Dalam analisis mendalam dikeluarkan The Edge, penganalisis berpandangan dengan kewujudan DWN ia akan membentuk “duopoly”, situasi yang nampaknya akan berlaku dengan penyertaan semula kesemua telko dalam DNB. Ia akan mengukuhkan lagi kuasa dan pengaruh telko dalam sektor telekomunikasi negara, keadaan yang sejak 1990-an menekan rakyat dengan harga tinggi tetapi perkhidmatan yang teruk.

Syarikat telekomunikasi di Malaysia antara pembekal perkhidmatan terburuk di rantau Asia Tenggara tetapi mengaut keuntungan besar setiap tahun.

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile sejak 10 tahun lepas mengaut RM100 bilion dalam Ebitda (perolehan  sebelum faedah, cukai dan lain-lain) dan RM42 bilion keuntungan selepas cukai dan membayar dividen kepada diri mereka sendiri sebanyak RM44 bilion, yang melebihi keuntungan mereka!

Fahmi kini perlu memberi jawapan memuaskan daripada aspek manfaat ekonomi dan sosial kerana peralihan SWN kepada DWN kini nampaknya hanya membuka jalan lebih banyak kepada telko menekan rakyat berbanding menambah baik sektor telekomunikasi negara yang antara termahal dan terburuk di rantau Asia Tenggara. Malah, ada yang beranggapan bahawa pelaksanaan DWN turut membuka peluang kepada syarikat China yang penuh kontroversi untuk melebarkan jaringan infrastrukturnya di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat