Menteri Kesihatan puji kerjasama rakyat menjayakan Program Madani Afiat

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berpuas hati dengan sambutan dan kerjasama rakyat dalam menjayakan program Madani Afiat yang bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan orang ramai dan komuniti setempat.

Menurut Dr Zaliha, penglibatan rakyat dan sukarelawan di Selangor dan Kedah dalam program ini sangat memberangsangkan dan percaya penduduk negeri Terengganu juga akan memberi kerjasama dan sambutan yang sama.

Dr Zaliha berkata demikian ketika melancarkan program Madani Afiat dan Inisiatif One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Program Perumahan Rakyat (PPR), Padang Hiliran, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Terengganu merupakan negeri ketiga bagi pelaksanaan program Madani Afiat selepas Selangor dan Kedah.

YB Dr Zaliha Mustafa Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Program Madani Afiat dan pelancaran inisiatif One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Program Perumahan Rakyat PPR Padang Hiliran Kuala Terengganu Terengganu hari ini

“Program Madani Afiat melibatkan pengisian aktiviti “Touch Point” berupa lawatan dari rumah ke rumah dan juga program statik yang memberi peluang kepada agensi-agensi dan rakan strategik yang terlibat bersama- sama KKM di dalam mengadakan pameran dan aktiviti setempat.

Program Madani Afiat merupakan cetusan idea Dr Zaliha Mustafa bagi merakyatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini merupakan sebahagian daripada agenda reformasi kesihatan yang disarankan dalam Tonggak Kedua, Kertas Putih Kesihatan 2023, yang menyarankan peralihan fokus merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu daripada Sick Care kepada Health Care.

“Pemilihan nama “afiat” yang bermaksud sihat atau pulih itu sendiri bersesuaian dengan peranan KKM.

Objektif Madani Afiat antaranya mendekati dan menyantuni masyarakat secara langsung bersama pemimpin dengan mempromosikan budaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan penyakit, meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan masyarakat dalam mencegah peningkatan penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCD).

Menurut Dr Zaliha, program Madani Afiat di negeri Terengganu kali ini memfokuskan kepada menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).

Ini kerana hasil daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019, mendapati 30% rakyat dewasa Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi.

Catatan peratus ini masih tinggi walaupun telah menunjukkan sedikit penurunan berbanding 32.7% pada tahun 2011. Namun jumlah pengidap Diabetes (kencing manis) bagi orang dewasa penduduk negara ini mencatatkan 18.3% berbanding hanya 11.2% pada tahun 2011, ini merupakan peningkatan sebanyak 63.4%.

Lebih membimbangkan hampir 50% dari penghidap Hipertensi dan Diabetes tidak menyedarinya kerana mereka tidak melakukan saringan di peringkat awal.

“Situasi ini amat membimbangkan kerana kedua-dua penyakit ini merupakan penyakit kronik yang memerlukan rawatan secara berterusan dan sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi kerosakan organ-organ penting tubuh seperti buah pinggang, mata dan jantung,” Tambah Dr Zaliha.

Bagi program Madani Afiat peringkat negeri Terengganu, Dr Zaliha mengumumkan pembabitan 160 orang pelatih Institut Latihan KKM (ILKKM) dari Kubang Kerian dan ILKKM Cawangan Kuala Terengganu.

Mereka akan menjayakan Program Mobilisasi Madani Afiat, iaitu program saringan kesihatan dari rumah ke rumah yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, ujian gula dalam darah (hemo glucose test -HGT) dan ujian kolesterol.

Para sukarelawan ini juga akan memberi pendidikan kesihatan berkaitan cara hidup sihat,  yang merupakan sebahagian aktiviti ”Touch Point” yang telah memberi impak besar dalam memantau dan mengumpul data dengan lebih tepat bagi membantu membentuk pelan tindakan yang lebih efektif dan efisien pada masa hadapan.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat