Maut Dihempap Batu Ketika Lombong Emas

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas dihempap batu dalam kejadian berhampiran tebing sungai di Kampung Sungai Temau, dekat Lipis, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu jam 4 petang.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian itu dipercayai berpunca akibat runtuhan tebing ketika mangsa sedang menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Suhami Sudin, berusia 44 tahun dari FELCRA Sungai Temau, Lipis.

Azli memaklumkan, sebelum kejadian itu, mangsa dipercayai datang melombong di kawasan terbabit bersama dua lagi rakan.

Katanya, jarak lokasi kejadian dengan kawasan mangsa tinggal di FELCRA Sungai Temau adalah kira-kira 3 kilometer.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat,” katanya lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat