Anwar hargai bakti IsDB bantu komuniti miskin, terpinggir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) yang telah banyak menyumbang bakti terhadap pembangunan komuniti miskin dan terpinggir selama 50 tahun.

Anwar malah percaya usaha ini akan berterusan, dikembangkan dan diperhebat oleh pimpinan IsDB.

“Malaysia punya sejarah yang panjang bersama IsDB apabila negara kita terlibat dalam penubuhan bank ini, terutama menerusi peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Setiausaha Agung OIC pertama.

“Ketika menyampaikan ucaptama di hadapan ratusan pimpinan dunia dan ketua-ketua industri, saya tegaskan betapa institusi perbankan seperti IsDB punya peranan penting membantu mengangkat darjat golongan miskin dan terpinggir, khususnya di negara-negara Islam yang dihimpit perang dan konflik berpanjangan.

“Namun usaha seumpama ini perlu melangkau lebih daripada sekadar menangani cabaran tradisional,” kata Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptama di majlis Sambutan Jubli Emas Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) dan Makan Malam Gala di Riyadh.

Turut bersama dalam majlis itu adalah Gabenor Riyadh, Putera Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al-Saud serta Pengerusi Lembaga Gabenor IsDB yang juga Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan.

Menurut Anwar lagi, IsDB perlu turut memainkan peranan bagi mendepani tantangan baharu seperti isu kemampanan alam sekitar, krisis keselamatan makanan, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat