Kes Demam Denggi Naik Mendadak 129.2 peratus berbanding tahun lepas – Dr Zaliha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kumulatif demam denggi dari Januari hingga 16 Julai 2023 dilaporkan naik mencanak sebanyak 63,966 kes berbanding 27,914 kes pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, peningkatan ketara itu mencatatkan peratusan kenaikan sebanyak 129.2 peratus iaitu 36,052 kes berbanding tahun 2023.

“Bercakap mengenai kebersihan persekitaran, salah satu penyakit yang sering menghantui kita adalah demam denggi. Jumlah kumulatif kes demam denggi yang telah dilaporkan dari Januari sehingga 16 Julai 2023 adalah sebanyak 63,966 kes berbanding 27,914 kes pada
tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 129.2 peratus (36,052 kes).

“Bagi tempoh sama, sebanyak 45 kematian telah dilaporkan berbanding 19 kematian pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 136.8 peratus (26 kematian),” katanya di Kuala Terengganu, semalam ketika Program Madani Afiat.

Dr Zaliha juga memaklumkan, bagi negeri Terengganu, sebanyak 138 kes telah dilaporkan bermula Januari sehingga 16 Julai 2023 berbanding 113 kes pada tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 22.1 peratus.

“Manakala, sebanyak satu kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan di negeri Terengganu sehingga kini,” katanya.

Tambah beliau, usaha pencegahan dan kawalan denggi ini juga turut diperkasakan melalui penglibatan pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI.

“Sehingga Jun 2023, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.

“Di negeri Terengganu terdapat 256 lokaliti yang mempunyai sukarelawan MyCHAMPION COMBI dengan keahlian seramai 3,091 orang. Di kesempatan ini, saya menyeru agar pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI Terengganu tampil ke hadapan membantu pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

“Sukarelawan MyCHAMPION COMBI dilihat sebagai community influencer dalam membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan denggi.

“Sehingga Jun 2023, sejumlah 894 sesi gotong royong dengan melibatkan seramai 44,272 kehadiran masyarakat telah dilaksanakan di seluruh negara. Manakala, sejumlah 73,170 sesi lawatan premis telah dilakukan oleh sukarelawan MyCHAMPION COMBI sehingga Jun 2023.

“Saya mengharapkan usaha sebegini diteruskan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

Dr Zaliha juga berharap kempen One Hour Malaysia Clean Up sebagai aktiviti bulanan bersama.

“Biasakan,amalkan dan jadikan ia sebagai rutin kehidupan kita dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kes demam denggi dan risiko kematian akibat demam denggi,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat