“One Stop Centre” Di Gebeng Bakal Tarik Pelabur -MB Pahang-

- Advertisement -

KUANTAN: Dalam menjana pelaburan asing dan domestik, Kerajaan Negeri Pahang yakin bahawa keupayaan negeri ini untuk menjada ekonomi secara mampan dan konsisten perlu dipercepatkan dengan segera, kata Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail.

“Kita perlu menyediakan fasiliti untuk memudahkan para pelabur untuk terus melaksanakan operasi perniagaan dan pembuatan mereka di negeri ini. Ianya bakal meraih keuntungan dan dapat memberi manfaat secara terus kepada rakyat negeri ini seperti peluang dan pekerjaan kepada anak-anak negeri Pahang.

“Saya telah merasmikan pusat sehenti (one stop centre) di Gebeng pada 21 Julai 2020. Pusat sehenti akan memberi kemudahan kepada para pelabaur dalam dan luar negara bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan, katanya dalam catatan facebook rasmi sebentar tadi.

“Kita akan percepatkan proses pendaftaran para pelabur yang mana sebelum ini memakan masa 44 hari kepada 22 hari sahaja, dan Majlis Pembangunan Pantai Timur akan menyelia proses pendaftaran tersebut. Dengan proses pendaftaran yang cepat, ianya akan mengurangkan karenah birokrasi dengan menyingkatkan urusan prosedur yang mengambil masa lama sebelum ini, ujar beliau.

“Pahang telah mencatat pelaburan tempatan dan asing bernilai RM 9 billion yang mana merangkumi 244 projek pada tahun 2019 seperti dalam laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Dan pada tahun ini, Pahang telah mencatat pelaburan sebanyak RM91 juta pada Januari hingga Mac. Kerajaan negeri akan berusaha untuk mencapai sasaran RM 5 billion yang disasarkan pada tahun ini, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat