UMNO Labuan Bantah Perlantkan Semula Amir Hussien Sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan

- Advertisement -

LABUAN, 24 July — Badan perhubungan Umno Labuan membantah sekerasnya perlantikan semula Amir Hussien sebagai pengerusi Perbadanan Labuan.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, kepimpinan Umno Labuan berpandangan Amir Hussien tidak mempunyai prinsip dalam kerjaya politiknya, bertukar parti demi jawatan dikejarnya.

“Sekiranya benar desas-desus dia akan dilantik semula, Umno Labuan bantah sekerasnya.

Amir Hussien adalah ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan dan dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Labuan ketika era pemerintahan Pakatan Harapan.

“Beliau tidak bersama rakyat Labuan dalam mengharungi penularan COVID-19, dan perkhidmatannya telah dibatalkan sejurus selepas peralihan kerajaan.

“Sepanjang memegang jawatan pengerusi Perbadanan Labuan, beliau gagal menjalin hubungan baik dengan masyarakat setempat,” menurut kenyataan itu.

Justeru itu, Badan perhubungan Umno Labuan berpendirian, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias adalah sewajarnya dilantik ke jawatan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat