Video Tiktok, Youtube Tidak Perlu Lesen FINAS

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Dan Multimedia Dato Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sesekali berniat menggunakan akta FINAS untuk menyekat kebebasan bersuara didalam medium media sosial, katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

“Ianya adalah untuk menambah baik Akta tersebut sahaja, jelasnya lagi.

“Kerajaan masih mendokong prinsip kebebasan bersuara melalui media dan kebebasan individu di laman media sosial. Pengguna tiktok, youtube dan saluran media sosial lain bebas menggunakan platform yang sedia ada dan boleh memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen daripada FINAS.

Tambah beliau lagi kerajaan akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.

KKMM telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa bermula 20 Jun 2020, katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat