Emel pembaca: Pendekatan ‘non violence’ Mahathir lebih sadistik

- Advertisement -

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini memuat naik hantaran di media sosialnya yang menyatakan beliau ‘terhibur’ membaca keratan akhbar yang menyatakan ‘keganasan tiada tempat di negara ini’.

Beliau mendakwa bukan sahaja keganasan, malahan perkara bukan berbentuk keganasan turut tidak mendapat tempat di Malaysia ketika ini.

Hantaran beliau itu mendapat reaksi negatif daripada netizen dan rata-ratanya membangkitkan semula corak pemerintahan ‘kuku besi’ Mahathir sebelum ini.

Netizen turut mempersoalkan hantaran tersebut yang dikatakan memiliki kaitan dengan penglibatan beliau dalam isu penjualan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Sumber: https://twitter.com/chedetofficial/status/1774992721457098903

Ketika era pemerintahan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat bermula 1981 hingga 2003, beliau dikenali sebagai pemimpin berkuku besi.

Menurut pemerhati politik, musuh politiknya akan sentiasa dijatuhkan oleh beliau dengan menggunakan apa jua cara.

Perkara tersebut bukan satu rahsia apabila banyak kisah tentang Mahathir menjatuhkan musuh politiknya diceritakan dari masa ke semasa di media tradisional serta moden.

Mahathir sering kali menggunakan pendekatan ‘non violence’ khususnya dengan pengenalan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA kerana menggerakkan reformasi menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Mahathir pada 1998.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mendedahkan beliau ditahan di ISA hanya kerana berbeza pendapat dengan Mahathir.

Mahathir telah dikritik oleh pelbagai pihak kerana menyalahgunakan akta tersebut untuk menjatuhkan musuh politiknya dan ramai menyatakan mereka diseksa ketika berada dalam tahanan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/343963/bekas-tahanan-isa-kecam-dr-mahathir

https://www.astroawani.com/berita-politik/isu-tahanan-isa-penafian-dr-mahathir-satu-pembohongan-tajuddin-115300

Antara tindakan Mahathir yang paling meninggalkan kesan sehingga kini adalah beliau mengarahkan tahanan lebih 100 aktivis, wartawan dan ahli politik semasa Operasi Lalang pada 1987.

Penahanan kesemua mereka dibuat tanpa dibicarakan di mahkamah dan meskipun Mahathir sebelum ini mengakui kesalahannya, namun beliau membuat ‘pusingan U’ apabila mendakwa Operasi Lalang dilakukan oleh polis.

Meskipun Operasi Lalang dibuat kerana isu kaum Cina membantah keputusan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), namun ada pemerhati politik mengatakan sebaliknya.

Operasi Lalang dikatakan turut mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati Mahathir terhadap pihak yang cuba mencabar pimpinannya dalam UMNO ketika itu.

Rentetan daripada Operasi Lalang itu, tercetuslah peristiwa lain seperti Krisis Perlembagaan 1988 yang menyaksikan Mahathir menjatuhkan Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/659315

https://www.nst.com.my/news/nation/2017/11/306187/tun-mahathir-unrepentant-over-ops-lalang-says-he-would-do-it-again

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/10/29/ops-lalang-worst-assault-on-civil-society-in-recent-history/

Ramai netizen menggesa Mahathir memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes tuntutan Pulau Batu Puteh.

Kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dalam tempoh yang singkat dan terjadi secara ‘kebetulan’ sewaktu pemerintahan Mahathir, wajar dipertikaikan oleh semua pihak.

Perjuangan Malaysia menuntut Pulau Batu Puteh bukan berlaku satu atau dua tahun namun berdekad lamanya.

Mahathir seolah-olah tidak menghargai perjuangan Malaysia yang cuba memperkasakan kedaulatan negara daripada terlepas ke tangan pihak lain.

Sehingga ke hari ini, Mahathir tidak mengakui kesilapannya dan beliau perlu memberikan jawapan telus kepada RCI kelak bagi meleraikan persoalan bermain di minda semua rakyat.

Pulau Batu Puteh bukan hanya sekadar gagasan tetapi merupakan simbol ekonomi dan wilayah kedaulatan Malaysia secara amnya.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2024/02/21/rci-batu-puteh-dr-mahathir-takut-bayang-bayang-sendiri-puad/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230396/bekas-perdana-menteri-boleh-ditangkap-jika-enggan-hadir-rci-batu

Tuntasnya, tindakan ‘non violence’ Mahathir lebih dahsyat dan kejam berlaku ketika era pemerintahannya.

Hak bersuara disekat, musuh politik ditahan dan diseksa ketika dalam tahanan.

Mahathir sewajarnya perlu bersyukur kerana kerajaan tidak melaksanakan akta seperti ISA terhadap beliau.

Kerajaan dan rakyat hanya mahu tahu tentang sebab Mahathir ‘melepaskan’ Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Mahathir seolah-olah mahu mengelak daripada menjawab persoalan tentang Pulau Batu Puteh dan berkemungkinan menyembunyikan sesuatu yang kita semua tahu adalah demi kepentingan peribadinya.

Apa sahaja jawapan Mahathir, pastinya Pulau Batu Puteh terlepas disebabkan kecuaian beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat