Dakwaan BN-PH retak hanya permainan persepsi Sanusi- Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal dakwaan Datuk Seri Sanusi Md Nor konon wujudnya keretakan hubungan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Asyraf dakwaan Menteri Besar Kedah itu tidak lebih hanya bermain persepsi.

Setiausaha Agung Umno itu juga malah menolak dakwaan Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dan menegaskan semua parti gabungan memainkan peranan proaktif dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

“Tidak ada keretakan apa-apa. Sebelum ni pun dia (Sanusi) kata parti MIC tak ada bekerjasama, …hari ini MIC akan melancarkan bilik gerakan di Kuala Kubu Baharu.

“Politik ni biasalah, bermain persepsi. Sanusi dia mesti ada isu yang dia mainkan sensasi baru dia boleh ‘hidup’.

“Setakat ini Alhamdulillah semua (termasuk) MCA datang dalam mesyuarat penyelarasan semua pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan dan saya tidak melihat sebarang keretakan hubungan,” katanya lapor BH di Melaka pada Rabu.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, perbezaan pandangan parti dalam BN dan PH adalah perkara biasa malah berjaya ditangani dengan baik melalui perbincangan secara dalaman.

“BN dulu ketika kita ada 14 parti komponen pun kita ada perbezaan pandangan tapi yang bagusnya dalam konteks Kerajaan Perpaduan ditangani secara bijaksana dan bersemuka di dalam mesyuarat.

“Jadi perbezaan pandangan itu biasa, bak kata (Tan Sri) P Ramlee ‘sedangkan lidah lagi tergigit, suami isteri pun boleh bergaduh apa lagi yang tidur sebantal mimpi lain-lain,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, MCA dan MIC memutuskan tidak terbabit dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat