Rohingya: Najib Jawab Balik Tuduhan Hipokrit

- Advertisement -

FB NajibRazak: NGO Hak Asasi Manusia Amnesty International mengecam tindakan Malaysia menghalang dan menghantar pulang dua bot Rohingya serta mendesak kerajaan Malaysia untuk menerima setiap bot pelarian Rohingya yang berjaya mendarat di Malaysia.

Media portal FMT pula memutar belit posting saya hari ini untuk membina persepsi bahawa saya hipokrit berhubung isu Rohingya.

Ianya adalah sangat senang untuk bercakap sahaja dan untuk tuntut ini atau tuntut itu tanpa menyedari apakah implikasi sebenar.

PERTAMA. Saya bukan hipokrit. Kerajaan BN semasa saya sudah banyak membantu Rohingya.

Kita bersama PAS juga membuat perhimpunan bersama untuk mendesak kerajaan Myanmar untuk hentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Kita pertengahkan isu apa yang sedang berlaku kepada etnik Rohingya di Myanmar masa itu.

Kita tak buat perhimpunan untuk suruh semua pelarian Rohingya untuk datang ke Malaysia.

Tahukah perbezaanya?

Masa itu, saya amat jelas berkata:

“Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk,”

Tiada siapa yang boleh menuduh Malaysia tidak pernah buat apa atau berlaku zalim dalam isu pelarian Rohingya in.

Dan saya juga mengecam tindakan PBB untuk kurang membantu dan bertindak dalam isu ini.

Apa dilakukan UNCHR? Apa fungsi mereka?

Kini, 5 tahun sudah berlalu.

Adakah ASEAN dan PBB hanya terdiri dari Malaysia sahaja?

Sampai bila Malaysia perlu pikul tanggungjawab ini secara bersendiri?

NGO-NGO ini patut mendesak PBB dan UNHCR untuk bertindak juga. Jangan sering menekan Malaysia sahaja.

KEDUA: Posting saya hari ini ialah untuk menegur etnik Rohingya dalam negara bahawa mereka perlu menghormati undang-undang Malaysia dan sensitif dengan sentimen serta kebimbangan Rakyat pada masa krisis Covid ini.

Ya, mereka pernah bantu mereka tetapi mereka juga perlu membantu mereka sendiri dengan menghormati undang-undang dan tempoh PKP ini.

KETIGA. Kita TAK BOLEH membenarkan dua bot itu mendarat di Malaysia kerana kita tak mahu tragedi yang lagi bersar berlaku.

Jika berita bahawa dua kapal itu berjaya mendarat dan diterima oleh Malaysia tersebar luas maka ianya tidak mustahil bahawa berpuluh atau beratus lagi bot-bot yang akan cuba lari ke Malaysia.

Bila ini berlaku maka lagi ramai nyawa Rohingya akan terjejas atau terkorban semasa perjalanan bot yang amat bahaya ini.

Tahukah kamu bahawa puluhan penumpang bot telah terkorban nyawa SEBELUM dua kapal itu sampai ke perairan Malaysia?

Seramai satu juta etnik Rohingya kini berada di sempadan negara Bangladesh dengan Myanmar.

Bayangkan berapa lagi bot-bot lagi yang akan cuba berlayar ke Malaysia jika dua bot pertama dari kem-kem di Bangladesh itu berjaya mendarat dan diterima oleh Malaysia?

Malah kerajaan Bangladesh juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan membenarkan dua bot yang disuruh pusing balik oleh Malaysia untuk mendarat kembali di Bangladesh.

Bangladesh enggan terima kapal bawa Rohingya
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/570532/bangladesh-enggan-terima-kapal-bawa-rohingya

Di dalam situasi ini dan pada masa krisis Covid ini, adakah ianya lagi baik bagi mereka untuk tidak menggalakkan lagi ramai Rohingya untuk cuba melarikan diri ke Malaysia?

Nak kecam Malaysia sebagai zalim kerana tak terima dua bot itu? Okay.

Nak putar-belit bahawa Najib hipokrit dan tak mahu bantu Rohingya lagi? Fine.

Tapi kamu perlu sedar apakah implikasi dan tragedi kepada mereka yang hampir pasti akan berlaku jika tanda isyarat bahawa bot-bot pelarian akan diterima oleh Malaysia tanpa syarat pada masa Covid ini.

Kita perlu realistik dan peka kepada apa yang akan terjadi.

Adakah korang hendak bertanggungjawab jika lagi ramai etnik Rohingya kehilangan nyawa mereka semasa melarikan diri ke Malaysia pada masa kini?

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat