Kempen Memerangi Covid-19 Bersama KKMM – Zahidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini, mengedarkan sebanyak 120,000 unit ‘pek kesedaran’ Kempen Memerangi COVID-19 bersama KKMM’ kepada penunggang dan pelanggan GrabFood .

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, kempen ini adalah selaras dengan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Kata beliau lagi, “Saya percaya sejak PKP berkuat kuasa, masyarakat Malaysia terutamanya di Lembah Klang lebih selesa membuat pembelian menerusi aplikasi dalam talian”.

Justeru, menerusi kempen ini yang akan dijalankan sehingga PKP berakhir, KKMM akan memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat Malaysia, tidak kira pekerja barisan hadapan mahupun orang awam akan kepentingan penjagaan kebersihan dan menggalakkan mereka untuk terus kekal di rumah bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Sempena kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini, Zahidi turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam.

Kata beliau, “Sepanjang bulan Ramadan ini, marilah kita merebut peluang untuk memperbanyak amal ibadah serta amal jariah. Terus kekal berada di rumah dengan menjadi pengguna Internet yang bijak bagi memutuskan rantaian COVID-19”.

Beliau turut berharap semua orang Islam dapat meneruskan ibadah puasa kali ini dengan penuh niat untuk mengawal diri – bukan sahaja daripada lapar dan dahaga, tetapi juga terhindar daripada perbuatan menyebarkan berita palsu.

Diakhirnya kata Zahidi, “Ingat, #KitaJagaKita, jadi terus #DudukDiRumah dan #KitaMestiMenang”,

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat