Banyak Peluang Pelaburan, Perdagangan Di Kemboja Boleh Diteroka – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA –  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang dalam lawatan kerja rasmi ke Kemboja berkata Malaysia mengalu-alukan pembukaan sempadan antarabangsa Kemboja baru-baru ini.

Menurutnya, masih terdapat banyak peluang perdagangan dan pelaburan di negara itu yang boleh diteroka dan pelabur Malaysia digalakkan merebut peluang tersebut sekaligus meningkatkan hubungan dagang dua hala antara negara.

“Banyak peluang yang masih belum diteroka. Nilai dagangan antara kedua-dua negara masih rendah dan berpotensi tinggi.

“Kami galakkan agar perdagagan dua hala Malaysia – Kemboja ditingkatkan lagi. Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan Kemboja dalam bidang-bidang baharu seperti Fintech, keselamatan siber, dan ICT.

“Saya galakkan lebih ramai lagi para pelabur Malaysia dan Kemboja untuk bersama-sama melaksanakan kolaborasi dalam sektor baharu yang berpotensi.

“Industri Halal dan perniagaan startups misalnya, boleh diperkembangkan lagi. Kita juga terima cadangan Kemboja agar Malaysia terlibat secara langsung dengan industri pemprosesan beras di Kemboja,” katanya, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan beliau dan pemimpin Kemboja turut berbincang mengenai sumber tenaga manusia dari kalangan masyarakat Melayu Islam di negara itu.

“Saya turut berbincang isu sumber manusia dengan PM Hun Sen. Di sini kita melihat bahawa terdapat permintaan untuk pekerja domestik beragama Islam di Malaysia.

“Peluang pekerjaan seumpama ini boleh diisi oleh rakyat Kemboja berbangsa Champa kerana terdapat persamaan dari segi cara kerja dan agama dengan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. PM Hun Sen bertuju dengan cadangan ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat