12 Pulang Ke Tanah Air, 11 Lagi Rakyat Malaysia Di Ukraine Diberi Pelindungan – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, Ukraine kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk baki 11 lagi rakyat Malaysia yang masih berada di negara itu.

Menurut beliau, pihak kedutaan melakukan usaha itu bagi memastikan keselamatan baki 11 rakyat Malaysia itu sebelum mereka dapat pulang ke tanah air.

“Kerajaan dukacita dengan perkembangan yang berlaku di Ukraine. Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 orang masih di sana,” katanya, dipetik dari Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga berharap jalan penyelesaian damai antara Ukraine dan Rusia segera dicapai bagi menyelesaikan konflik tersebut.

Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin awal hari ini mengisytiharkan perang ke atas Ukraine menerusi satu ‘operasi ketenteraan khas’ melibatkan lebih 130,000 anggota tenteranya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat