Hidup Sederhaha Tapi Bahagia, Pasangan Bermadu Sepakat Jaga Suami Sakit

- Advertisement -

KUANTAN – Kesulitan hidup tidak pernah dijadikan alasan pasangan suami isteri yang bermadu menjalani kehidupan dengan sederhana tapi bahagia.

Bagi Maarof Noordin, 58, pengorbanan kedua isterinya, Effa Rizam Abd Ghaffar dan Noraini Ishak, keduanya berusia 42 tahun menjaganya sejak disahkan memghidap penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu, sangat dihargainya.

Noraini adalah isteri pertama dikahwini Maarof pada tahun 2007, manakala Effa Rizam pula genap lama tahun menjadi isterinya bulan Mei ini.

Ketika menceritakan kembali detik disahkan penyakit itu, Maarof berkata, dia dikesan menghidap penyakit kencing manis pada tahun 2021.

“Pada awalnya bahagian kaki sebelah kiri membengkak selepas digigit semut, tapi kembali pulih tidak lama kemudian.

“Selepas itu, bahagian sama digigit nyamuk dan pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati saya menghidap (penyakit) kencing manis peringkat empat.

“Kemuncaknya pada Oktober tahun lalu apabila doktor menasihatkan saya memotong kaki bagi mengelak masalah kencing manis merebak ke bahagian lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama, dekat sini, hari ini.

Maarof sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) secara sambilan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Dia walau bagaimanapun sudah lagi tidak mampu bekerja selepas menjalani pembedahan itu.

“Saya rasa hiba jugalah bila mengenangkan nasib kami, isteri kedua banyak berkorban dan dialah yang keluar mencari rezeki untuk kami.

“Isteri pertama pula membantu menguruskan saya di rumah dan saya bersyukur sangat kerana kedua mereka memahami keadaan (kesihatan) saya ketika ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Effa Rizam yang kini bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, turut bekerja sambilan sebagai anggota RELA untuk dijadikan sumber pendapatan mereka.

“Ini pengorbanan kecil saya sebagai isteri, macam isteri pertama, dia tolong uruskan suami ketika saya keluar (bekerja) dan apabila saya balik, saya ambil alih tugas (menjaga suami).

“Walaupun kami hidup sederhana, tapi inilah cara kami bahagia dalam kesederhanaan, bahagia cara kami,” katanya.

Dia mengakui sumber pendapatan diperoleh ketika ini tidak mencukupi dan berterima kasih kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Amal Team yang tampil menghulurkan bantuan.

“Kos untuk ulang-alik ke hospital dan klinik, termasuk peralatan bagi merawat suami mencecah RM600 hingga RM700 sebulan.

“Gaji saya pun dalam RM1,500 dan kena bayar sewa rumah lagi (RM400 sebulan), jadi susah jugaklah kehidupan kami,” katanya yang mengakui tidak menerima bantuan lain daripada mana-mana pihak setakat ini.

Dalam pada itu, penyelaras Amal Team Kuantan, Jamilah Salleh memaklumkan, nasib menimpa keluarga Maarof sudah dirujuk kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk tindakan susulan.

“Buat masa ini, Amal Team sudah memberikan bantuan awal setakat yang kita mampu, macam pek makanan, katil khas dan kerusi roda kepada keluarga Maarof.

“Selain itu, kita sedang berurusan dengan MUIP untuk membantu menyelesaikan beberapa masalah seperti tunggakan sewa rumah, bil elektrik dan air yang sedang dihadapi keluarga ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Maarof bersama isterinya, Noraini dan Effa Rizam boleh menghubungi talian 016-800 6507 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan pula boleh berbuat demikian melalui pindahan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional 11111 41000 296605 atas nama Maarof Noordin.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat