Bakar Al-Quran – Kerajaan Sweden Harus Memohon Maaf Kepada Seluruh Umat Islam – Ismail Sabri

- Advertisement -

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan tindakan Kerajaan Sweden yang membenarkan seorang ahli politik pelampau kanan, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan ini telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

“Sweden sepatutnya sedar mereka tidak hidup bersendirian di dunia ini malah mempunyai negara sahabat berpenduduk Islam.”

Menurut beliau lagi, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bukanlah alasan untuk menghalalkan perbuatan ini kerana ia jelas bertentangan dengan nilai mana-mana agama sekalipun.

Melalui kiriman di akaun media sosialnya, beliau menuntut kerajaan Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan bukan hanya menzahirkan rasa simpati melalui media sosial.

Tegasnya, kebebasan bersuara seharusnya dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab melalui dialog dan toleransi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat