Saya Bawa Suara Rakyat, Bukan Hasut – Najib

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menempelak pihak yang mendakwa beliau menghasut rakyat kerana membawa isu pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium.

Najib menegaskan apa yang diperjuangkan itu merupakan suara rakyat yang perlu didengari kerajaan.

Beliau juga mempertahankan sokongan bersyarat Barisan Nasional (BN) terhadap Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, beliau memberikan tiga alasan kenapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya langsung tidak berasas.

Katanya, kedua-dua syarat yang dikenakan BN kepada PN adalah permintaan rakyat yang sedang dalam kesusahan dan beliau hanya membawakannya ke dalam Dewan Rakyat.

“Apa yang saya dapat jika kedua-dua syarat ini dilaksanakan kerajaan? Ini bukan syarat untuk teruskan projek kerajaan bagi kroni saya atau untuk saya. Pernahkah saya suruh rakyat untuk tolak kerajaan PN jika kedua-dua syarat ini tidak dibuat?

“Syarat-syarat ini boleh dan pernah dilakukan oleh kerajaan. Ia bukan syarat yang mustahil dilakukan seperti diberikan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng untuk pinjam dan tambah RM45 bilion kepada perbelanjaaan tahun 2021.

“Ketiganya, ini adalah strategi ekonomi bukannya langkah populis,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah menjawab soalannya bagaimana Belanjawan 2021 untuk lawan Covid-19 yang cuma 2.5 peratus lebih tinggi berbanding Belanjawan 2019 bawah Pakatan Harapan mampu menyelamatkan negara.

“Sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah jawab soalan saya bagaimana Belanjawan 2021 boleh menyelamatkan ekonomi negara memandangkan empat skim utama kerajaan bagi tahun 2020 ini seperti moratorium pinjaman, i-lestari, Program subsidi Upah dan bayaran bantuan PRIHATIN telah ditamatkan atau banyak dikurangkan pada tahun depan.

“Sebab itu, saya berpendapat bahawa dana yang disuntik oleh kedua-dua langkah ini mampu membantu rancakkan ekonomi dan akan selamatkan lagi ramai pekerjaan.

“Saya bukan tidak ada pengalaman atau tak faham hal ehwal ekonomi Malaysia sebab kadar pertumbuhan ekonomi dan dividen KWSP juga antara paling tinggi sejak 20 tahun lalu pada tempoh saya PM dan menteri kewangan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat