Nyanyi tak betul, arwah suruh balik – Rohana Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil yang terkesan dengan pemergian Allahyarham A Ali, teringat detik merakamkan lagu bersama komposer yang melonjakkan namanya di persada seni.

Rohana yang popular dengan beberapa lagu ciptaan arwah seperti Rayuanku dan Resahku, terhutang budi kepada A Ali.

“Percaturan menjadi pilihan kedua menyanyikan lagu Rayuanku memberi tuah kepada saya.

Rohana terhutang budi dengan Allahyarham A Ali yang menaikkan namanya dalam dunia seni pada era 1980-an. Foto IG Rohana Jalil
Rohana terhutang budi dengan Allahyarham A Ali yang menaikkan namanya dalam dunia seni pada era 1980-an. Foto IG Rohana Jalil

 

“Lagu itu pada mulanya mahu diberikan kepada Zaiton Sameon. Lagu itu mudah dibawa tetapi bagi menjadikannya lebih sedap, saya diminta A Ali menambah lenggok seperti dendangan padang pasir,” katanya kepada BH Online.

Kelmarin, anak Allahyarham A Ali atau nama sebenarnya, Hamdan Atan, Norhuda berkongsi berita pemergian komposer itu yang didapati tidak sedarkan diri oleh ibunya, Latifah Khamis, kira-kira jam 8.30 pagi, di kediaman mereka.

Norhuda dilaporkan berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya ketika tidur pada usia 71 tahun, mengejutkan.

Berkongsi pengalaman merakamkan lagu dengan arwah, Rohana menganggap A Ali tajam pendengaran.

“Telinganya tajam mendengar kalau ada kesilapan nyanyian.

“Pernah berlaku di mana saya merakamkan sebuah lagu sehingga empat hari kerana arwah mahukan kesempurnaan.

“Kalau sudah berulang kali rakam hingga bosan, arwah meminta saya pulang dan datang semula keesokannya,” katanya.

Jenazah Allahyarham A Ali dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang, selepas Asar, kelmarin.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat