ECRL bakal cetus “game changer”, limpahan manfaat kepada negara -PM

- Advertisement -

BENTONG – Kerajaan mengharapkan supaya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi pencetus perubahan atau “game changer” dan dapat disiapkan secepat yang boleh bagi membawa pelbagai limpahan manfaat kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika majlis perasmian permulaan pengorekan terowong ECRL menggunakan kaedah Mesin Pengorek Terowong (TBM) yang terbesar di Asia Tenggara itu mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan warga kerja Projek ECRL atas penganjuran majlis berkenaan di tapak pembinaan Terowong Berkembar Genting.

“Projek ECRL ini melibatkan jarak jajaran 665 kilometer (km) merentasi empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dan ini merupakan satu pencapaian bersejarah negara.

“Pelaksanaannya menelan kos RM50.27 bilion dan telah menyaksikan tahap kemajuan projek sebanyak 30 peratus sehingga bulan Mei lalu dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2026.

“Pengorekan Terowong Genting sepanjang 16.39 km ini merupakan satu-satunya daripada penggerudian 59 terowong menggunakan kaedah TBM berbanding kaedah gerudi dan letup bagi terowong-terowong sebelum ini,” katanya pada Khamis.

Perdana Menteri memberitahu, mesin TBM buatan China seberat 1,600 tan ini mampu menembusi Banjaran Titiwangsa di sepanjang kawasan Bukit Tinggi menghubungkan Bentong, Pahang dengan Terminal Bersepadu Gombak, yang menjadi pintu masuk utama ke ibu negara.

Kata beliau, pembinaan Terowong Berkembar Genting ini adalah antara komponen utama Projek ECRL kerana ia dapat melengkapkan ‘jambatan darat’ atau landbridge bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang.

“Pengorekan Terowong Berkembar Genting ini akan selesai dalam tempoh 2 1/2 tahun hingga 3 tahun, menjadikannya terowong rel terpanjang di rantau ini.

“Penggerudian terowong bermula dengan penembusan Terowong Paka sepanjang 1.1 kilometer pada 9 April 2021, enam bulan lebih awal berbanding jadual asal.

“Tujuh buah terowong di Terengganu dan Pahang yang berukuran antara 190 meter hingga 1.1 kilometer setiap satu, telah pun selesai.

“Pengorekan Terowong Kuantan sepanjang 2.8 kilometer antara Dungun di Terengganu dan Mentakab di Pahang pula dijangka selesai pada suku keempat tahun ini. Kira-kira 128 kilometer jajaran ECRL akan melibatkan penyediaan jambatan atau jajaran bertingkat untuk mengelak gangguan kepada hidupan liar dan risiko berlaku banjir akibat musim tengkujuh,” ujarnya.

Ismail Sabri dalam ucapannya turut memaklumkan sebuah lagi struktur utama yang turut dibina di bawah fasa pembinaan di Pahang adalah jambatan ‘Super Major Bridge’ sepanjang 3.88 kilometer menyeberangi Sungai Kuantan.

“Projek ECRL ini akan mempunyai 20 buah stesen iaitu 10 buah stesen penumpang dan selebihnya stesen gabungan penumpang dan kargo, menghubungkan bandar raya, bandar-bandar, taman-taman perindustrian dengan lebih efektif serta meningkatkan sistem pengangkutan awam di kawasan luar bandar,” kata Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat