Muafakat Nasional; Kembali Kepada Fitrah

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Kuala Lumpur - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan besar bakal berlaku esok. Beliau yang juga merupakan...

Kabinet Ambil Maklum Keputusan Agong Tiada Darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi. Perdana Menteri Tan Sri...

Zahid Seru PM Bincang Dengan Semua Pihak Sebelum Buat Keputusan

Kuala Lumpur - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil pengajaran atas titah Yang di-Pertuan...

Majlis Raja-Raja Mahu Mekanisme Semak, Imbang Dihormati, Elak Unsur Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR - Raja-raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan perlu dihormati dan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengimbangkan pelbagai...

Mesyuarat Khas Perdana Menteri Bersama MB dan KM Esok Batal

KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dijadual berlangsung Putrajaya esok dibatalkan. Media melaporkan antara...

Oleh: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

*SECANGKIR KOPI 54*

Sedar tak sedar Ramadan bakal melabuhkan tirainya, pemergiannya ditangisi dan dirindui, debaran Syawal semakin dirasai, persiapan bagi meraikan Aidilfitri rancak diatur. Persoalannya, sejauh manakah keberhasilan yang kita capai sepanjang berada di madrasah Ramadan? Adakah kita dapat merasai perubahan yang positif kepada diri dan keluarga pada Ramadan kali ini? Adakah Ramadan kali ini antara Ramadan yang terbaik dalam kehidupan kita? Alangkah beruntungnya mereka yang melangkah keluar dari madrasah Ramadan dengan mendapat keampunan daripada Allah SWT dan rugilah jika sebaliknya.

Aidilfitri adalah lambang kemenangan bagi mereka yang berjaya mendidik jiwa dan menundukkan kehendak hawa nafsu sepanjang berada di madrasah Ramadan. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengungkapkan “Bukanlah Hari Raya semata-mata berpakaian baharu, akan tetapi hari raya itu bagi mereka yang takutkan hari pembalasan”.

Pada tahun ini, kita akan meraikan Aidilfitri dalam suasana dengan normal baharu yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya. Warga kota beraya di kediaman masing-masing jauh daripada ibu bapa dan keluarga terdekat di kampung. Rentas negeri tidak dibenarkan, kunjung-mengunjung tidak digalakkan dan dihadkan kepada hanya 20 orang tetamu sahaja. Walaupun dalam suasana baharu, saya yakin ianya tidak akan membantutkan sambutan Aidilfitri. Suasana kanak-kanak segak menggayakan baju baharu, ketupat, rendang sebagai hidangan raya, pelita dipasang di keliling rumah, kanak-kanak bermain bunga api dan tradisi sampul raya masih ada di Aidilfitri kali ini. Cuma mungkin hanya diraikan dalam suasana bersederhana sesuai dengan keadaan negara yang masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Aidilfitri penyubur fitrah insani, hari kembalinya kesucian manusia. FITRAH juga berkait dengan HANIF, iaitu suatu sifat dalam diri manusia yang cenderung, memihak kepada kebaikan dan kebenaran serta bencikan kepada kejahatan dan keburukan. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada”. (HR Ahmad).

Cenderung dan sukakan kebaikan adalah fitrah, bukan sahaja beribadah, bersedekah, menolong mereka yang kesusahan dan bersilatulrahim malah memperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain dalam komuniti dan organisasi serta hubungan kita dengan Allah adalah fitrah insani apatah lagi ketika menyambut Aidilfitri.

Membina dan memperteguhkan kesatuan dan penyatuan juga adalah fitrah kepada sesebuah perjuangan. Meruntuh dan memporak-perandakan kesatuan yang telah atau sedang dibina adalah suatu musibah dan kerugian kepada perjuangan. Ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) adalah lambang kepada kesatuan, kembali kepada fitrah, khususnya FITRAH PERJUANGAN demi kemaslahatan rakyat. Walaupun ada individu dan kumpulan yang memperlecehkan dan melabelkan MN dengan pelbagai andaian antaranya MN hanya bersifat sementara dan akan gagal, MN akan dilupakan dan sebagainya. Tetapi yakinlah, jika asasnya adalah fitrah perjuangan, MN mampu bertahan dan mencapai objektif penubuhannya.

Sudah lumrah dalam perjuangan akan wujud penentangan daripada mereka yang tidak sebulu dan sehaluan walaupun sebaik mana sekalipun hadaf dan objektif perjuangan itu. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). – Surah Al-Insan, Ayat 27

Tolak ansur dan toleransi antara kunci untuk mengelakkan berlakunya penentangan, porak peranda dan perpecahan. Manakala kedegilan, sikap keras kepala, tidak mengalah dan merasakan pandangan serta tindakan kita sahaja yang betul bukan sahaja akan membawa kepada konflik tetapi memberikan impak negatif kepada organisasi.

Sejarah telah membuktikan bahawa tolak-ansur merupakan antara faktor yang membolehkan Islam di Sepanyol berkembang pesat dan seterusnya menyumbang kepada peradaban manusia dalam segala bidang.

Sempena dengan kehadiran Aidilfitri, saya mengajak kepada semua ahli pelbagai peringkat dan kepimpinan UMNO kembali kepada ‘Fitrah Perjuangan’ iaitu kebenaran, kebaikan dan kesatuan. Jika terdapat sebarang permasalahan dan ketidakpuasan hati, kembali kepada meja perundingan dan penyelesaian secara bersama. Tolak-ansur dan toleransi adalah hak yang sentiasa terbuka dalam UMNO semenjak dahulu, selagi ia tidak disalah ertikan sehingga membawa kemudaratan kepada UMNO dan perjuangannya.

Semoga kita mendapatkan inspirasi terbaik dari madrasah Ramadan kali ini dan marilah kita sama-sama suburkan Fitrah Perjuangan UMNO dan Muafakat Nasional yang sebenar. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

#menghayatiperjuanganparti
#fitrahperjuanganumno
#kitajagakita

*Penulis ialah Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Lantik Hishamuddin Sebagai Bendahari BN, Zahid Pilih Jalan Damai

WALAUPUN tidak begitu jadi bahan bualan, tapi jauh didalam hati masing-masing, ramai yang hairan kenapa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak menganggotai barisan kepimpinan...

Pencetus Darurat Adalah Pembangkang, Bukan Kerajaan

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Sejak dari semalam penulis melihat ada sesetengah rakyat Malaysia yang menyokong PH mengutarakan pendapat mereka tentang isu darurat yang...

Hentikan Paranoid, Rakyat Tidak Perlu Panik!

Oleh: Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri, Seawal hari ini, rakyat di seluruh negara ataupun yang mengikuti rapat perkembangan politik di tanahair pastinya tertanya-tanya atau tertunggu-tunggu...