MIPP kini parti anggota baharu PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penerimaan masuk Parti Rakyat India Malaysia atau juga dikenali sebagai Malaysian Indian People’s Party (MIPP) sebagai parti anggota yang baharu.

Penerimaan kemasukan MIPP itu bertujuan mengukuhkan lagi parti PN sebagai wadah perjuangan untuk segenap lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut memaklumkan, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN pada 22 April 2024 yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan hal berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu dan isu-isu semasa.

“Mesyuarat juga telah membincangkan persiapan bagi berdepan dengan PRK DUN Kuala Kubu Baharu dan mengarahkan jentera pilihan raya digerakkan sepenuhnya dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi di Kuala Kubu Bharu khususnya.

“PN akan terus konsisten menjadi suara yang menjuarai nasib rakyat dan membela ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan yang semakin mengecewakan,” kata Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat