Kosmetik ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi racun Merkuri boleh rosakan buah pinggang & sistem saraf – Pengarah NPRA

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik ZMY Magnetic Aura Night Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual jenis Merkuri.

Pengarahnya, Rosilawati Ahmad dalam kenyataannya pada Isnin berkata, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Beliau berkata, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Selain itu, boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan, disamping itu boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit, ”jelasnya.

Pihaknya mengingatkan kepada penjual dan pengedar, perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta merta.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, ”katanya.

“Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya, ”katanya.

Manakala syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM 100,000 untuk kesalahan berikutnya, ”katanya lagi.

Beliau menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini, agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Mereka digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store, ”tambahnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat