53 Kru Kapal Selam Indonesia Berdepan Risiko Keracunan Karbon Monoksida – Pakar

AKARTA – Pencarian kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 bersama 53 kru semakin getir apabila bekalan oksigen hanya mampu bertahan dalam tempoh beberapa jam lagi.

Difahamkan, kesemua kru terbabit mempunyai ‘talian hayat’ sehingga jam 3 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu sebelum kapal selam buatan Jerman itu kehabisan bekalan oksigen.

Namun bagi pakar operasi menyelamat tentera laut, timbul kebimbangan bahawa kesemua kru KRI Nanggala 402 berdepan keracunan karbon monoksida.

“Perkara yang menjadi kebimbangan utama ialah keracunan karbon monoksida.

“Maut mengundang biarpun bekalan oksigen masih ada pada kapal selam terbabit,” kata Bryan Clark dari Institut Hudson yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Mengulas lanjut, Clark berkata, keadaan ‘blackout’ KRI Nanggala 402 juga memberi impak kepada daya ketahanan kru kerana kuasa diperlukan bagi menggerakkan kipas.

“Kuasa diperlukan untuk menggerakkan kipas yang menyalurkan udara melalui lilin oksigen dan bahan penyerap karbon dioksida.

“Tetap persoalan yang timbul, apakah faktor utama yang menyebabkan KRI Naggala 402 ‘blackout’? ujarnya.

Sementara itu, penganalisis tentera laut dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Ben Ho berkata, letupan torpedo juga boleh menyebabkan pemadaman kuasa.

“Sepanjang sejarah, pelbagai faktor termasuk kecacatan struktur dan letupan senjata telah menyebabkan kemalangan kapal selam.

“Memandangkan KRI Nanggala 402 melakukan latihan menggunakan torpedo hidup, ada kemungkinan salah satu peluru ini meletup,’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tentera Indonesia (TNI) mengesan isyarat satu objek dengan kemagnetan tinggi ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) KRI Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali.

Jurucakap TNI, Achmad Riad berkata, isyarat daripada objek tidak dikenal pasti itu dikesan pada kedalaman antara 50 dan 100 meter (m).

Beliau berkata, kapal dengan alat pengesan sonar sudah dihantar ke lokasi untuk mengenal pasti objek berkenaan. – Agensi

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

UMNO Akan Kembali Bangkit Walaupun Ditekan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin UMNO kembali bangkit semula untuk mentadbir negara walaupun kini menerima tekanan dari dalam dan...

22 Kematian, 3,973 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,973 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 448,457 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...