Sah MKT UMNO Bermesyuarat Esok

- Advertisement -

CYBERJAYA – BEBERAPA Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengesahkan menerima jemputan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Ahad, 25 April 2021 jam 2 petang.

Terdapat tanda tanya mengenai mesyuarat MKT beberapa hari lalu apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu Berita Harian bahawa UMNO belum menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Saya Setiausaha Agung yang bertanggungjawab mengeluarkan surat memanggil mesyuarat. Saya sedang meneliti tarikh dan agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu. Saya akui akan ada mesyuarat dalam Ramadan seperti yang dimaklumkan sebelum ini tetapi tarikh dan agenda tidak dapat dimaklumkan pada masa ini.”

Berliau berkata demikian kepada Berita Harian pada 21 April lalu ketika diminta mengesahkan sama ada mesyuarat akan diadakan Ahad ini seperti tular dalam sebuah portal berita.

Difahamkan antara agenda utama perbincangan ialah menentukan sama ada Pemilihan UMNO 2021 akan diteruskan atau menggunakan peruntukan Perlembagaan parti untuk menangguhkan sehingga 18 bulan.

MKT juga dijangka membincangkan isu penarikan diri dari kerajaan Perikatan Nasional yang diberi mandat oleh Perhimpunan Agung UMNO sebelum Ogos 2021.

Selain itu antara yang menarik untuk dilihat adakah MKT UMNO akan membincangkan penggantunggan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail yang dikatakan terlalu berat tidak bersesuaian dengan pendakwaan.

Awal bulan ini Tun Faisal menghantar surat rayuan kepada MKT UMNO mengkaji semula keputusan penggantungannya selama 6 tahun.

Menurut Tun Faisal, beliau dimaklumkan bahawa MKT UMNO hanya mengesahkan keputusan Lembaga Disiplin UMNO pada 8 Mac 2021 tanpa meneliti hujahan pembelaan dan hanya bergantung kepada laporan Lembaga Disiplin yang dibacakan oleh Pengerusi Mesyuarat Pengurusan UMNO semasa mesyuarat tersebut.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat