MAWILLA 2 laksana CSR, program Jiwa Murni

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SANDAKAN – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah melaksanakan Program Jiwa Murni di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sandakan Rainforest Park (SRFP) pada Sabtu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik MAWILLA 2, program tersebut telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Dato’ Khir Junaidi Idris dan Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi), Jabatan Perhutanan Sabah, Musa Salleh.

Menurutnya, acara ini telah dimulai dengan menandatangani papan tanda sempena penamaan laluan trek Jungle Tracking sebagai ‘Trail Samudera’.

Jelasnya, perkataan ‘Samudera’ membawa maksud lautan yang luas dipilih kerana ianya sinonim dengan tugas hakiki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, program ini bermula sejak 17 April lalu dengan penglibatan penuh warga TLDM MAWILLA 2.

Ianya merupakan antara aktiviti yang dirancang sempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 pada 27 April ini.

“Justeru, SRFP telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan projek dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, memandangkan lokasinya berdekatan dengan komuniti The Navy People Sandakan untuk melaksanakan aktiviti riadah dan santai, ”katanya lagi.

Ujarnya, kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur seperti megecat taman bunga, membersihkan laluan trek jogging dan menaiktaraf laluan mendaki sepanjang 1.9 kilometer menjadi skop kerja utama diberi tumpuan sepanjang program ini berlangsung.

Dalam pada itu, penanaman anak pokok Tebebuia sp atau Sakura sebagai simbolik program ini telah disempurnakan oleh Khir Junaidi dan Musa Salleh.

Tambah kenyataan itu lagi, kerjasama yang sedia terjalin ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi manfaat bersama.

Turut hadir, Laksamana Pertama, Muhamad Shakir Salleh dan Pegawai Perhutanan Wilayah Sandakan, Jurimin @ Janius Ebin. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat