UniMAP Jadi Universiti Pertama Kaji Bahan Pembinaan Kenderaan Elektrik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti pertama menjalankan penyelidikan bagi mengkaji bahan yang digunakan dalam kenderaan elektrik bagi memahami pembinaannya.

Kajian itu dilaksanakan di Kejuruteraan Pengimejan dan Sains Bahan (IMAT), di makmal kajian STFC Rutherford Appleton, Oxford.

Pusat itu yang dimiliki oleh Inovasi dan Kajian United Kingdom (UKRI) sekali gus menjadikan institusi pengajian tempatan menjadi universiti pertama melaksanakan kajian seumpama itu.

Ia juga sejajar dengan hasrat negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di mana pengangkutan adalah satu daripada enam sektor utama seperti dinyatakan melalui Pelan Utama Teknologi Hijau.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh berkata, penyelidikan IMAT digunakan bagi memberi fokus kepada pautan lemah atau pateri dalam elektronik yang digunakan dalam kenderaan elektrik.

“Pautan lemah ini merujuk kepada sambungan pateri di mana kami akan membina bahan pateri baharu untuk digunakan dalam kenderaan elektrik kerana bahan pateri konvensional mengandungi plumbum yang juga bertoksik.

“Tetapi untuk menggantikan bahan konvensional ini dengan bahan tahan suhu tinggi adalah sesuatu yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, inisiatif itu juga adalah hasil kerjasama bersama Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah iaitu penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia, UniMAP yang menghasilkan bahan komposit.

“Pembuatan seramik ini hanya memerlukan suhu rendah dalam pembuatannya tetapi hasilnya, pateri komposit ini stabil walaupun dalam suhu tinggi dan ini dapat dilihat dalam penggunaannya.

“Bahan komposit baharu ini sepatutnya lebih tahan retak untuk beroperasi dalam kenderaan walaupun dalam persekitaran yang lasak dan membolehkan jangka hayatnya lebih lama,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat