Speaker Azhar Harun Nafi Tidak Benarkan Bahas Isu Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menafikan sekeras-kerasnya terhadap dakwaan beliau tidak membenarkan sesi perbahasan isu banjir ketika persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tegasnya,  tiada satu pun usul yang dibuat oleh mana-mana Ahli Parlimen untuk membahaskan usul tersebut pada persidangan tersebut.

Dewan Rakyat sepatutnya mendengar pembentangan dari Menteri Kesihatan mengenai Rang Undang-undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (pindaan) 2021.

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya telah menolak usul untuk membahaskan isu banjir pada hari tersebut. Apa yang terjadi, Dewan Rakyat sepatutnya mendengar pembentangan dari Menteri Kesihatan mengenai Rang Undang-undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (pindaan) 2021.

“Namun demikian, perbentangan tersebut tidak dapat dibuat kerana proses libat urus antara menteri dan pihak pembangkang yang belum tamat dan terdapat isu RUU tersebut yang belum selesai.

“Perbentangan RUU tersebut merupakan satu-satunya agenda di dalam aturan urusan mensyuarat pada hari tersebut.” jelas beliau melalui kenyataan medianya.

Katanya lagi, tanpa apa-apa notis terdahulu, YB Bagan bangun dan minta penerangan menteri mengenai isu banjir. Sebenarnya mengikut Peraturan Mesyuarat tiada prosedur di mana seseorang Ahli Parlimen itu boleh meminta penerangan menteri,

Jelasnya lagi, tiada soalan untuk jawapan lisan menteri yang dibuat oleh mana-mana Ahli Parlimen. Dalam aturan urusan mesyuarat juga tiada soalan untuk jawapan lisan dimasukkan.

Selepas itu katanya, beberapa Ahli Parlimen antaranya Pokok Sena disusuli oleh ramai lagi Ahli Parlimen blok pembangkang termasuk Lembah Pantai bangun untuk bahaskan usul banjir tersebut.

“Saya menjawab bahawa isu tersebut tidak berada dalam aturan urusan mesyuarat. Saya tidak mempunyai kuasa langsung untuk membenarkan perbahasan seperti yang diminta.

“Ahli-ahli Parlimen sudah sedia maklum mengenai perkara itu kerana mereka merupakan Ahli-ahli Parlimen yang berpengalaman, namun saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian,” jelasnya.

Manakala kedua katanya, perbahasan akan diadakan sekira adanya usul, sama ada usul mencadang mahupun ataupun usul untuk membentangkan RUU perlu ada notis bertulis terlebih dahulu kepadanya.

“Bagi hal-hal tergempar dan diperlukan untuk dirunding, satu usul di bawah Aturan 18 (1) perlu dibuat kepada saya sehari terlebih dahulu.

“Untuk hal banjir ahli-ahli boleh sahaja memberi notis kepada saya melalui WhatsApp dan sebagainya sebelum hari tersebut (20 Disember 2021), namun tiada seorang pun yang berbuat demikian,”jelasnya lagi.

Terdahulu, pada Isnin lalu, Sidang Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Azhar Azizan tidak membenarkan beberapa ahli Parlimen blok pembangkang dan kerajaan membahaskan isu berkenaan situasi banjir yang melanda negara ketika ini.

Tegas Azhar Azizan, perkara itu tidak boleh dibahaskan memandangkan ia tidak terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) sidang Dewan Rakyat pada hari tersebut.

Jelasnya, mengikut AUM, terdapat satu urusan iaitu RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat