‘Keadaan Yang Menyayat Hati Di Bentong’ Luah MB Pahang

- Advertisement -

BENTONG: ‘Keadaan yang cukup menyayat hati di Bentong…’ itulah luahan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika melihat sendiri kemusnahan yang berlaku akibat kesan banjir di daerah Bentong, Pahang.

Katanya, bencana banjir berlaku adalah yang terburuk dalam sejarah di Bentong.

Melalui perkongsiannya di Facebooknya, sepanjang perjalanan beliau dapat melihat sendiri keadaan rumah, kedai, kereta, motosikal dan pelbagai kemudahan lain yang ditenggelami air ketika banjir baru-baru ini.

“Itulah yang mampu saya ungkapkan ketika lawatan kerja saya di daerah Bentong petang tadi.

“Dalam lawatan tersebut, saya berkesempatan melawat beberapa lokasi termasuklah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Karak Setia, PPS Dewan Bukit Dinding, PPS Surau Industri Benus, PPS SK Bukit Piatu, Balai Polis Karak dan Kg Chegar Medang.

“Sepanjang perjalanan, saya dapat lihat sendiri keadaan rumah, kedai, kereta, motosikal dan pelbagai kemudahan lain yang ditenggelami air ketika banjir baru-baru ini. Saya pasti ini adalah antara bencana banjir yang terburuk dalam sejarah di Bentong.” katanya.

May be an image of 8 people, people sitting, people standing and footwear

Dalam pada itu, kerajaan negeri bersetuju menghulurkan sumbangan sebanyak RM500 kepada keluarga yang ditimpa musibah banjir.

“Sukacita saya memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pagi tadi telah memutuskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan menghulurkan sumbangan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang ditimpa musibah banjir. Walaupun sumbangan ini tidak mampu menampung kerosakan dan kerugian akibat banjir, namun diharapkan ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

“Semoga penduduk Bentong diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuhi ujian besar ini.” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan lawatan di Temerloh dan Mentakab pada esok. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat