PH Culas Tak Pertahankan Pulau Batu Puteh – Khaled Nordin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dituntut menjelaskan sebab sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak meneruskan semakan terhadap penghakiman Pulau Batu Puteh.

Desakan itu dibangkitkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat.

Khaled yang juga bekas menteri besar Johor berkata, jika Tun Mahathir telah dinasihati oleh sekumpulan pakar undang-undang antarabangsa, siapakah mereka dan apakah nasihat yang mereka kemukakan dalam konteks bukti baru yang ditemui?

Menurut Khaled apa yang jelas, kerajaan PH telah cuai dalam tindakannya mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia dan wajar dipertanggungjawabkan ke atas tindakan culas tersebut.

“Tun Mahathir tidak menjawab persoalan sebenar tentang Pulau Batu Puteh. Persoalan sebenar ialah apakah sebab sebenarnya kerajaan PH tidak meneruskan semakan terhadap penghakiman Pulau Batu Puteh.

“Benar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak boleh di rayu. Tetapi dengan timbulnya bukti terbaru, satu permohonan untuk semakan telah dikemukakan oleh Malaysia pada Februari 2017,” katanya.

Khaled memberitahu, pada 30 Jun 2017, Malaysia juga mengemukakan permohonan untuk ICJ mentafsirkan penghakimannya pada 2008 tentang Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menurutnya, ICJ telah bersetuju untuk mendengar penghujahan Malaysia dengan memberikan tarikh untuk pendengaran semakan tersebut.

” Apa Tun Mahathir lupa bahawa dua daripada bukti baru yang ditemui itu adalah dokumen yang hanya boleh diakses setelah tahun 2008. Secara undang-undang, dokumen tersebut hanya boleh diakses setelah tamat tempoh kerahsiaanya.

” Dokumen pertama menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura tidak pernah menggangap Pulau Batu Puteh sebahagian dari Singapura.

” Dokumen kedua menunjukkan bahawa Tentera Laut British memperakui bahawa perairan di kawasan ketiga-tiga pulau tersebut adalah perairan dan wilayah Johor dan dokumen terakhir menujukkan bahawa peta peta operasi tentera laut British menunjukkan sempadan wilayah Singapura tidak termasuk Pulau Batu Puteh,” ujarnya.

Menurut Khaled lagi, semua dokumen tersebut, dengan jelas menunjukkan bahawa Pulau Batu Puteh tidak berada dalam wilayah republik itu.

Maka katanya, sudah sewajarnya penemuan bukti material ini memerlukan ICJ memutuskan nilainya terhadap tuntutan Malaysia.

“Jadi kenapa di sebalik semua bukti baru ini, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskannya proses semakan tersebut,” soal Khaled.

Dua hari lalu, bekas Perdana Menteri itu mempertahankan keputusan kerajaan sewaktu pentadbirannya untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh atau dikenali sebagai Pedra Branca.

Hujah Dr Mahathir itu dicatat dalam blog Chedet, beliau turut menegaskan adalah tidak wajar untuk membandingkan antara Pulau Langkawi dan Pulau Batu Puteh.

Hal ini kata Ahli Parlimen Langkawi itu, kedua-dua pulau berkenaan mempunyai ‘latar belakang’ yang berbeza.

Dr Mahathir sebaliknya menjelaskan, Langkawi adalah pulau yang diiktiraf sebagai pulau milik Malaysia sedangkan Pulau Batu Puteh ialah beting pasir atau ‘sandbank’ yang dituntut oleh dua negara.

“Langkawi tidak pernah dituntut oleh Siam dan pegawai kerajaan negeri Kedah tidak pernah menyatakan kepada Siam bahawa Kedah tidak anggap Langkawi bukan milik Kedah.

“Sebaliknya kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor.

“Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura dan berlakulah kontroversi,” ujar Dr Mahthir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat