KPLB bangunkan perkongsian data dengan Sarawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Sarawak dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menjalin kerjasama bagi membangunkan sistem data raya berkaitan program pembangunan di Wilayah itu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkongsian data raya itu akan membolehkan penyelarasan semua program pembangunan di Wilayah Sarawak dimantapkan.

“Hari ini kita ada persetujuan antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Ketua Menteri Sarawak iaitu berkongsi data (data raya), kita nak membangunkan satu sistem.

“Saya dah berbincang dengan Datuk Ketua Setiausaha (KSU) bahawa kita bersetuju untuk membangunkan satu sistem data raya yang boleh kita kolaborasi dengan Negeri (Sarawak), maksudnya kita kongsi data bekalan elektrik, bekalan air, jalan raya, jalan kampung, ameniti sosial, rumah PPRT, baik pulih, Tadika KEMAS bawah kementerian dan keusahawanan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Jumaat.

Turut serta, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Tambah Mahdzir, sistem data raya dalam bentuk maklumat setempat itu akan memudahkan penyelarasan diperingkat KPLB dan agensi kerajaan negeri dalam melaksanakan projek pembangunan di wilayah itu.

“Selain boleh mengelakkan pertindihan serta memudahkan pemantauan bagi setiap kawasan dan projek yang dilaksanakan,” katanya.

Menurut Mahdzir, susulan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak itu juga, KPLB akan mengadakan perbincangan lanjut diperingkat pegawai tinggi kedua-dua pihak kementerian dan kerajaan Sarawak untuk penyelarasan projek pembangunan KPLB.

“Secara pentadbirannya, penyelarasan itu akan melibatkan tiga peringkat iaitu persetujuan peringkat kementerian dan kerajaan negeri, peringkat pengurusan tertinggi KPLB dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan peringkat teknikal yang membabitkan pegawai pelaksana.

“Untuk membolehkan penyelarasan projek-projek pembangunan Persekutuan melalui KPLB kepada negeri Sarawak, (ada) empat komponen, pertamanya adalah jalan luar bandar, yang keduanya adalah bekalan elektrik luar bandar, yang ketiganya adalah bekalan air luar bandar, (dan) yang keempatnya adalah kesejahteraan rakyat yang melibatkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT”, katanya lagi.

Selain itu katanya, KPLB turut akan mengambil kira cadangan Ketua Menteri Sarawak untuk menentukan program pembangunan mengikut fokus kawasan.

” Ketua Menteri Sarawak menyebut mengenai bagaimana hendak melihat satu-satu kawasan di Wilayah Sarawak ini boleh dibangunkan, jadi kita fokus kepada beberapa kawasan dan saya punya keyakinan bahawa kita diperingkat kementerian dan diperingkat Persekutuan (padankan) dengan apa yang kerajaan negeri minta dari segi kawasan mana yang (hendak dibangunkan)”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat