Lanjut Moratarium Tiga bulan Lagi – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi gesaan agar kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman.

Katanya, langkah ini sekurang-kurangnya akan membantu sektor perniagaan dan rakyat dalam menempuh kemelut ini, yang dijangka akan berpanjangan.

Presiden PKR itu memberitahu, kerajaan harus menonjolkan kepimpinan yang mempunya kualiti dengan melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga bulan lagi.

“Langkah tambahan adalah diperlukan bagi menopang industri kecil, dan gaji kepada pekerja sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Adalah tidak mengejutkan tatkala kerajaan terus senyap terkait golongan berpendapatan rendah, kerana yang lebih diutamakan adalah syarikat-syarikat mega yang dekat dengan pundak kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, meski kita telah lapan bulan sejak diumumkan PKP, nampaknya kita masih belum jelas soal stategi kerajaan dalam menangani kemelut ini, dan tentang bagaimana harus dibangunkan semula ekonomi.

“Tetapi apa yang disajikan kepada rakyat adalah arahan atau panduan yang bertembung, termasuk amalan antara dua darjat dalam pelaksanaan hukuman.

“Arahan bekerja dari rumah baru baru ini ternyata tidak masuk akal apabila ia hanya mengarahkan staf-staf untuk bekerja dari rumah, manakala yang berada di bahagian operasi yang terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dikehendaki untuk bekerja seperti biasa. Bagaimana keributan ini dapat membantu aspek kesihatan awam dengan mengorbankan pekerja kolar biru? ,” soalnya.

Beliau berkata, perubahan di saat akhir, termasuk arahan yang melibatkan pekerja sektor awam dan sektor yang di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) benar-benar menambah rumit orang ramai dan membazir masa semua.

“Kita perlukan kerajaan yang telus dan informatif, terutamanya melibatkan dasar yang jelas dalam mendepani kemelut.

“Ia tidak membina keyakinan, sama ada domestik ataupun kepada para pelabur luar apabila kenyataan-kenyataan penting dibuat tanpa kajian yang menyeluruh,” ujarnya.

Anwar berkata, walaupun kerajaan mengumumkan bahawa aktiviti ekonomi dibenarkan, namun panduan terkini ternyata akan memberi dampak pada perniagaan, terutamanya kepada mereka yang kini sedang bergelut dalam sektor peruncitan.

“Menurut Retail Group Malaysia (RGM), kira-kira 51,000, iaitu sebanyak 15 peratus dari jumlah keseluruhan industri di Malaysia tidak mampu bertahan lebih dari empat atau lima bulan mendatang,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat