Terjejas Sumber Pendapatan, MB Pahang Saran Taman Negara Di Buka Semula

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, menyarankan agar Kerajaan Pusat khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya membuka segera operasi di Taman Negara.

Menurut beliau, pembukaan operasi di Taman Negara di kedua-dua laluan masuk Kuala Tahan, Jerantut, dan Merapoh di Kuala Lipis perlu disegerakan kerana rungutan daripada pengusaha-pengusaha aktiviti eko-pelancongan yang telah hilang punca pendapatan mereka.

Penutupan operasi Taman Negara menurut Wan Rosdy disebabkan penularan semula dan gelombang ketiga wabak pandemik Covid-19 adalah tidak diperlukan lagi.

“Memandangkan Taman Negara sepertimana juga daerah-daerah Jerantut dan Lipis serta negeri Pahang keseluruhannya tidak berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),

“Akibat arahan penutupan tersebut, kerajaan negeri menerima rungutan daripada pengusaha-pengusaha aktiviti eko-pelancongan di sana yang telah hilang punca pendapatan,” jelasnya melalui kenyataan media Menteri Besar Pahang, sebentar tadi.

Menurut Wan Rosdy lagi, pengusaha-pengusaha eko-pelancongan ini terdiri 170 pemandu pelancong, 78 pengusaha bot di Sungai Tahan, 30 pengusaha bot di Sungai Tembeling, 17 agensi pelancongan dan 38 pengusaha penginapan.

“Ini tidak termasuk pengusaha sokongan lain seperti pengusaha penyajian makanan, pembekal, peruncit yang bergantung harap kepada bidang eko-pelancongan sebagai sumber pendapatan utama mereka,” kata Wan Rosdy.

Dalam pada itu, cadangan pembukaan semula operasi Taman Negara telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang dipengerusikan oleh beliau pagi semalam telah memutuskan Kerajaan Negeri meminta Kerajaan Pusat membatalkan segera arahan penutupan tersebut. –SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat