Pembukaan JETCO Eratkan Hubungan Baik Malaysia-Singapura

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Luar Negeri, mengalu-alukan usaha kerajaan negeri Johor menubuhkan ‘Johor Economic, Tourism and Cultural Office – JETCO’ di Singapura sebagai langkah menjaga hubungan baik antara Malaysia dengan Singapura dalam aspek sosial, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan.

Menurut menterinya, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, penubuhan JETCO dibuat oleh kerajaan negeri Johor telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada hari ini.

“Langkah kerajaan negeri Johor ini dibuat bagi menjaga hubungan baik negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan disamping hubungan unik Johor dan Singapura yang telah terjalin sekian lama,

“Wisma Putra sentiasa menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Negeri untuk memanfaatkan hubungan baik dengan rakan negara termasuk dalam aspek sosial, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan,” jelas beliau dilaman facebooknya.

Tambah beliau lagi, Kementerian Luar juga amat mengalu-alukan perancangan JETCO untuk membantu agensi dan Kementerian dalam usaha membela rakyat Malaysia yang berada di Singapura semasa musim pandemik Covid-19 ini.

“JETCO tidak mempunyai kuasa eksekutif mengenai hal ehwal luar negeri,

“Dan mereka juga tidak diberi kuasa untuk mewakili kerajaan persekutuan dan negeri untuk mengadakan hubungan dengan negara lain di Singapura,” tegasnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk IR. Hasni Mohammad, mengucapkan syukurnya dan terima kasih kerana penubuhan JETCO di Singapura telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada hari ini.

Menurutnya, penubuhan JETCO ini adalah merupakan salah satu daripada tujuh (7) ikhtiar Makmur Johor yang telah diumumkan pada bulan Jun lepas.

“JETCO di Singapura akan bergiat aktif membawa masuk pelaburan, mempromosi sektor pelancongan, dan kebudayaan diatara Johor dan Singapura,

“JETCO akan berkerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi kerajaan pusat serta kerajaan negeri Johor dalam usaha menjaga kebajikan rakyat Johor di Singapura,” katanya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat