Anwar Ibrahim buat hantaran Facebook imbau kenangan ketika di jalani hukuman penjara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat hantaran menarik di laman Facebooknya semalam memetik kenangannya ketika menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.

“Kenangan di Sungai Buloh, bertemu keluarga di sebalik kaca, hanya melalui telefon,” katanya ringkas.

Anwar juga menambah bahawa saat itu akan menjadi saat yang akan kekal dalam memorinya.

“Momen yang kekal dalam ingatan,” kata Anwar.

Hantaran itu menerima lebih 34,000 tanda suka dan lebih 5,000 komen serta dikongsikan kira-kira 900 kali sejak ia ditulis.

Rata-rata netizen yang menjengah ke laman Facebook beliau menghantar komen adakah dibenarkan untuk mengambil gambar ketika di dalam penjara ketika pertemuan dengan keluarga.

Perdana Menteri secara rasminya telah dipenjarakan sebanyak dua kali sepanjang karier politiknya atas sabitan kesalahan yang berbeza.

Hukuman penjara pertama ialah pada tahun 1999 hingga 2004 selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu.

Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Beliau dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 14 April 1999 selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa kerana didakwa mengarahkan Polis Cawangan Khas untuk memberi tekanan kepada saksi agar menarik balik dakwaan salah laku moral terhadapnya.

Kemudian pada tahun 2000 ialah kes liwat 1 semasa menjalani hukuman rasuah, beliau dijatuhi hukuman tambahan sembilan tahun penjara pada 8 Ogos 2000 atas pertuduhan meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Pada September 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan kes liwat tersebut dan membebaskan beliau dari penjara selepas selesai menjalani hukuman bagi kes salah guna kuasa.

Hukuman penjara kedua ialah pada tahun 2015 hingga 2018 sekali lagi kes liwat kerana meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Walaupun pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2012, Mahkamah Rayuan kemudiannya menterbalikkan keputusan tersebut. Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan salah dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Pada 16 Mei 2018, selepas Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Anwar telah dibebaskan sepenuhnya serta-merta selepas menerima Pengampunan Diraja Penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada masa itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat