Antara Kementerian Pendidikan dan MITI, siapa yang menipu? – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mempersoalkan siapa yang berkata benar antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan bagi syarikat mengoperasikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah KPM.

“KPM cakap dan bincang dengan MITI. MITI maklum tidak tahu tentang isu ni.

“Jadi siapa yang menipu?

“Tahniah madani,” bidas beliau.

Hal ini susulan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 21 September 2026 mengenai penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) bawah KPM.

MITI ingin menjelaskan bahawa pihak Kementerian tidak mempunyai makluman mengenai perkara ini.

“Untuk penjelasan, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU).

“MITI berharap penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas,” kata MITI dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum itu, KPM berkata, pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan.

KPM juga memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan MITI.

Bahkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, ketetapan ini telah wujud sejak 2006.

“Selepas 20 tahun, kita lakukan reformasi mengikut keperluan pendidikan hari ini.

“Kita dengar pandangan dan kita perbaiki.

“Pendidikan mesti kekal sebagai ruang terbuka kepada semua yang mahu menyumbang kepada anak-anak Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat