Zahid, Ismail Lasim tidak terima titah menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, tidak pernah menerima titah untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berhubung polemik yang sedang berlaku di negeri itu.

Menurut beliau, sebarang perkembangan berkaitan isu berkenaan hanya diketahui menerusi laporan media.

“Saya tak ada. Saya dan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak pernah dititah untuk menghadap.

“Dan kami tahu hanya daripada media saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis University Research & Innovation Investment Summit 2026, lapor Astro Awani pada Selasa.

Justeru, Zahid berkata, isu berkenaan seharusnya diselesaikan secara baik di peringkat negeri, selaras dengan pendirian yang telah dinyatakan Menteri Besar sebelum ini.

“Pada hemat saya, soal interpretasi dalam perundangan dan juga soal kuasa bukan hanya melibatkan taksiran undang-undang.

“Tetapi, institusi yang ada di Negeri Sembilan juga perlu dihormati.

“Masalah yang berlaku di negeri itu sewajarnya diselesaikan secara baik tanpa mengetepikan kedudukan institusi sedia ada,” katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Tuanku Muhriz susulan perkembangan berkaitan kedudukan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, dilaporkan berkata Tuanku Muhriz memperkenankan pembatalan pelantikan Ahli-Ahli MMKN berkuat kuasa serta-merta selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli MMKN memegang jawatan selagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat