Warga Bangladesh Fitnah Malaysia Dihalau Keluar

SEPANG: : Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” diusir ke negara asalnya malam ini.

Md Rayhan, 25, dibawa ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 9 malam oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Md Rayhan yang berbaju kemeja dan membawa sebuah beg sandang, sempat melambai dan menunjukkan isyarat tanda bagus kepada kumpulan media sebelum dibawa masuk ke kaunter imigresen.

Difahamkan dia akan menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Dhaka, Bangladesh pada 11 malam.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas JIM memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

BACA: Dokumentari Al Jazeera: Md Rayhan mohon maaf kepada rakyat Malaysia, pihak berkuasa

BACA: Dokumentari Al Jazeera: Md Rayhan diusir selepas selesai siasatan – KP Imigresen

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum ini memaklumkan Md Rayhan akan diusir ke negara asal selepas semua siasatan polis selesai selain pas lawatan kerjanya ditamat dan disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selama-lamanya.

— BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Ezlynn ada dipanggil SPRM

Kuala Lumpur: Penyanyi Ezlynn, 39, mengesahkan dia ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di...

Berita Berkaitan

Semua Daerah Di Kelantan Kini Di Bawah PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Semua jajahan (daerah) di Kelantan akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah tiga lagi jajahan/daerah iaitu Jeli, Kuala Krai...

2,340 Jangkitan Baru Covid, 11 Kes Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, tidak banyak perubahan berbanding 2,341 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif...

Tok Mat Saran Kerajaan Beri Kesedaran Vaksin

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh memaksa rakyat untuk divaksinasi,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Namun katanya, kerajaan boleh meyakinkan rakyat supaya...