Negara Palestin Dulu Sebelum Kerjasama Dgn Israel – Putera Arab Saudi

- Advertisement -

ARAB SAUDI: Harga Arab Saudi untuk menormalkan hubungan dengan Israel adalah pembentukan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya, kata seorang anggota kanan keluarga kerajaan Saudi menegaskan pada hari Jumaat.

Putera Turki al-Faisal berkata demikian sebagai respon kepada Presiden AS Donald Trump yang berkata pada hari Rabu bahawa beliau berharap Arab Saudi menurut jejak langkah sama seperti perjanjian yang diumumkan minggu lalu oleh Israel dan Emiriah Arab Bersatu untuk menormalkan hubungan diplomatik kedua negara.

UAE adalah negara Arab ketiga dalam tempoh lebih dari 70 tahun yang menjalin hubungan penuh dengan Israel. Di bawah perjanjian yang diusahakan oleh AS, Israel menangguhkan sementara rancangan untuk meneruskan penempatan di Tebing Barat yang dijajah, yang turut diperjuangkan oleh orang Palestin sebagai sebahagian dari negara itu.

UAE mengatakan bahawa komitmen Israel itu, telah menjadikan kemungkinan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Israel hingga kini tidak memiliki hubungan formal dengan negara-negara Arab Teluk tetapi berkongsi keprihatinan dengan UAE mengenai pengaruh dan tindakan oleh Iran, sesuai dengan peranan UAE sebagai hab perniagaan serantau, menyebabkan komunikasi kedua negara terbatas dalam beberapa tahun terakhir.

Kesepakatan UAE-Israel itu menimbulkan spekulasi ia mungkin diikuti oleh negara-negara Arab Teluk lain yang disokong AS. Tetapi Putera Turki mengatakan Arab Saudi – kekuatan Teluk Arab terbesar yang secara tradisional menentukan dasar terhadap Israel bagi wilayah tersebut, mengharapkan pulangan yang lebih tinggi dari Israel (jika mahu bekerjasama).

“Mana-mana negara Arab yang mempertimbangkan untuk mengikuti langkah UAE, harus menuntut sesuatu yang tinggi sebagai balasan, dan itu harus menjadi bakasan yang mahal,” tulisnya di surat khabar Saudi, Asharq al-Awsat – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat