UMNO Perlu Adakan Program Jerayawara – Penganalisa Politik

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO perlu mengadakan program jerayawara di kesemua bahagian di seluruh negara, kata penganalisa politik Tuan Azizi Safar.

Dengan situasi perkembangan politik terkini, ahli-ahli UMNO keliru apa yang berlaku sekarang, penjelasan segera perlu diberikan.

“Ahli tengah bingung kata beliau”.

Beliau menyarankan diadakan program penerangan berkaitan Muafakat Nasional, mengenai Perikatan Nasional, dan mengenai Ahli Parlimen UMNO sahaja menyokong Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi Parti UMNO tidak masuk campur, ulas beliau dilaman sosial facebooknya.

“UMNO juga perlu buat penerangan kenapa tidak bersetuju menyertai Perikatan Nasional yang hendak didaftar secara sah,

Bagitahu ahli apa keuntungan bagi pihak UMNO, apa yang rugi apabila pimpinan tertinggi berbuat begitu, katanya lagi”.

Setiap ahli perlu tahu sebab musabab dan rasional UMNO mengambil tindakan sedemikian. Takkan nak kata kepada ahli kena ikut sahaja keputusan yang dibuat oleh Presiden dan Pimpinan Tertinggi UMNO kerana mandat sudah diberikan oleh akar umbi semasa pemilihan tahun 2018, ujarnya lagi.

“Azizi mencadangkang tanggungjawab itu diberi kepada Timbalan Presiden UMNO Dato Seri Utama Mohamad bin Hasan,

beliau boleh kepalai rombongan kepimpinan UMNO. Lagipun, Timbalan Presiden UMNO dengan Timbalan Presiden PAS yang putuskan jemput PPBM masuk Muafakat Nasional. Elok beliau yang buat penjelasan kepada akar umbi UMNO”, katanya.-SuaraTV

(Jerayawara – Jelajah)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat