Gerakan Mohon Maaf Kenyataan “Penjawat Awam Membebankan”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tampil memohon maaf ekoran kenyataan dibuat salah seorang ahli parti terbabit mengenai penjawat awam di negara ini.

Gerakan turut menegaskan penjawat awam merupakan tulang belakang negara dan bukan membebankan seperti yang dinyatakan.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, keseluruhan parti tersebut termasuk PAS dan Bersatu tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Namun demikian, dia (ahli parti) berasal daripada ahli Gerakan dan sebagai semangat satu hati, saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penjawat awam.

“Penjawat awam memang memberi perkhidmatan yang bagus dan setiap kegiatan harian kita berkait rapat dengan mereka.

“Saya mempunyai empat orang anak dan semua lahir di hospital kerajaan, kemudahan disediakan mereka. Kini, sekolah yang mereka pergi juga ditadbir oleh penjawat awam. Ini tidak termasuk pihak berkuasa, polis, bomba dan sebagainya, semua berkait rapat dengan penjawat awam,” katanya semasa sidang akhbar permohonan maaf berhubung kenyataan ‘Penjawat Awam Membebankan’ di ibu pejabat Gerakan pada Khamis.

Terdahulu, jurucakap Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang, Pulau Pinang, Mok Kok On berkata dalam satu kenyataan di Facebook bahawa sistem perkhidmatan awam di Malaysia dalam keadaan amat membimbangkan.

Katanya, penjawat awam merupakan beban kepada negara. Tambahan pula, hutang luar negara terus meningkat dan rizab tukaran asing kita semakin jatuh. Kerajaan pimpinan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mesti melihat fakta ini dengan jelas.

Kah Keong berkata, kalau nak beri kritikan kepada kerajaan, beri kritikan yang bernas dan bertepatan fakta.

“Jangan macam kenyataan itu yang mampu mengguris hati semua. Kita faham beliau mempunyai kerisauan adakah peningkatan penjawat awam melibatkan semua politik, gaji yang lumayan dan lantikan sesama orang sendiri sahaja.

“Bagaimanapun, apabila memberi kenyataan, kita mesti menjaga sensitiviti semua serta menggunakan kebijaksanaan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Perikatan Nasional (PN) kerana turut terkena tempias daripada kenyataan ini. Kenyataan dimulakan oleh ahli kami tetapi dilihat sebagai PN yang menghina penjawat awam.

“Selama ini mereka memberi teguran dan nasihat yang positif dan konstruktif serta bersama dengan Gerakan mengharungi isu yang hangat ini juga,” katanya lapor Utusan.

Beliau berkata, ada ahli Gerakan yang bertanya kepadanya kenapa apabila DAP menyatakan benda yang sama dahulu, kenapa tiada isu dibangkit.

“Kita bukan mereka, DAP sangat kebal. Perlembagaan dan perjuangan kita juga bukan sama. Malah, UMNO sendiri tak berani meminta mereka untuk memohon maaf.

“Mengenai tindakan, lembaga disiplin parti akan mengadakan prosedur yang betul. Beliau ada hak untuk bersuara.

“Saya sendiri juga telah memberi amaran yang keras kepadanya semua perkara ini tidak akan berulang lagi.

“Parti sangat mengambil berat mengenai isu ini dan sekiranya tiada penjelasan yang munasabah daripada beliau, kita akan menggantung keahlianya.

“Lagi sekali saya ingin memohon maaf atas perkara yang berlaku dan berharap perkara ini tidak dipropagandakan atau dibesar-besarkan oleh mana-mana pihak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat