KJ Tunggu Muhyiddin Tawar Jadi MB Selangor – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mendakwa Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih menanti tawaran untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya beliau menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dakwa Isham, mungkin Muhyiddin tidak membuat tawaran yang diharapkan Khairy oleh yang demikian beliau belum memberi kata putus kepada Presiden Bersatu itu.

“KJ tunggu Muhyiddin tawar dia jadi Menteri Besar Selangor.

“Mungkin Muhyiddin tak tawar yang itu.

“Muhyiddin tak tawar KJ (jawatan MB Selangor) sebab dia dah ada Azmin atau mungkin calon daripada PAS. Lagipun KJ baru masuk PN, tak mungkinlah dapat tawaran jadi Menteri Besar Selangor,” kata Isham dalam video yang dimuat naik di Facebooknya, malam tadi.

Isham juga berkata, Khairy hanya ditawar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor atas tiket PN.

“Nampaknya KJ hanya ditawar jadi ADUN di Selangor saja, kalau menang boleh jadi Exco.

“Saya nak nasihatkan Khairy dan Shahril Hamdan untuk teruskan buat podcast Keluar Sekejap ia bagus untuk semak dan imbang. Memandangkan Umno suruh merayu mereka tak nak,” katanya lagi.

Semalam Suara.TV melaporkan, tawaran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah ditolak.

Pun begitu, Muhyiddin meminta agar Khairy memikirkan lagi tawarannya memandangkan masih ada beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dibubarkan.

“Minggu lalu saya bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana saya masih berhutang jawapan dengan beliau. Muhyiddin telah tawarkan keahlian dalam parti Bersatu dan juga peluang untuk saya terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Jadi saya jumpa dengan beliau dan saya beri pandangan saya… beliau minta saya fikir lagi lah,” jelas Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat