Derhaka jika Parlimen tak bersidang segera – Pemuda UMNO Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan sidang Parlimen boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara,” kata Pemuda UMNO Sabah.

Justeru, Ketuanya, Ir Abdul Aziz Julkarnain turut bersolidariti dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mendesak agar kerajaan segera memanggil sidang Parlimen dalam masa 14 hari bagi mentaati dan menghormati titah pandangan dan pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Susulan itu, Pemuda UMNO Sabah juga akan mendesak kepimpinan tertinggi UMNO untuk membuat keputusan tegas sekiranya kerajaan tidak mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, Pemuda UMNO Sabah juga mendesak kerajaan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kadar segera bagi membolehkan tuntutan rakyat yang sedang dalam kesempitan hidup ketika ini dapat diperbahaskan dan diangkat secara rasmi oleh wakil-wakil mereka yang telah dipilih dalam Pilihanraya Negeri ke-16 (PRN-16).

“Terutamanya perbahasan mengenai program imunisasi yang terendah dalam negara sehingga peratusan jumlah vaksinasi hanya tercapai 11.72 peratus berbanding jumlah penduduk negeri.

” Desakan ini wajar agar prinsip semak dan imbang di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dapat dilakukan, agar usaha memastikan tuntutan rakyat dapat dipenuhi di kala waktu sukar dan mencabar ini,” tegas Abdul Aziz dalam kenyataan medianya pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Pemuda UMNO Sabah kesal dengan kegagalan kerajaan Persekutuan dalam menangani Covid-19 terutamanya program imunisasi yang perlahan di negeri ini dan cara pengurusan ekonomi yang sudah mula merisaukan rakyat.

Ujarnya, walaupun permintaan kerajaan untuk melaksanakan proklamasi darurat telah diperkenankan oleh Agong dan berkuat kuasa dari 11 Januari 2020 hingga 1 Ogos 2021, namun kes-kes positif Covid-19 terus meningkat dan bertambah buruk.

“Tentunya kegagalan ini akan menjejaskan prospek pemulihan ekonomi negara khususnya di negeri Sabah.

” Apa yang lebih menghairankan apabila Pelan Pemulihan Negara (PMN) hanya diperkenalkan apabila tempoh darurat hampir berakhir tidak lama lagi. Ini mengundang kepada banyak persoalan. Apakah ianya sekadar satu tindakan preemptif untuk menjustifikasikan sebarang permintaan untuk lanjutan proklamasi darurat? soal beliau.

Hal demikian, katanya Pemuda UMNO Sabah menyanjung tinggi kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu apabila menitahkan agar sidang Parlimen diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dalam menangani Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat