Penyu karah khazanah Laut Melaka

- Advertisement -

Khazanah sejarah Kesultanan Melayu Melaka (KMM) berfungsi sebagai penjana utama industri pelancongan di Melaka, sejak sekian lama dengan pelbagai bangunan tinggalan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris dipulihara bagi membolehkan generasi hari ini menghayati nilai sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang kuasa asing.

Bagaimanapun, suatu hal yang jarang diberi perhatian ialah industri pelancongan di Melaka yang turut berkembang melalui pendaratan penyu karah (hawksbill), di pantai Melaka barat yang membabitkan pantai sepanjang kira-kira 20 kilometer (km) dari Tanjung Bidara hingga Kuala Linggi yang turut memberikan sumbangan besar kepada industri berkenaan.

Dengan keadaan pantai yang berpasir halus tanpa diselang-seli dengan kewujudan pokok bakau dan lumpur, pantai Melaka barat bukan setakat satu daripada pantai yang indah di pantai barat Semenanjung, malah kawasan pendaratan penyu karah hakikatnya, lebih tinggi berbanding pantai di negeri lain.

Bagi memastikan pemuliharaan penyu secara konsisten, Jabatan Perikanan negeri menubuhkan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Padang Kemunting, Masjid Tanah dekat Alor Gajah pada 1990.

Di pusat berkenaan, telur penyu dieram dan ditetaskan dalam pasir pantai selama 60 hari sebelum anak penyu dilepaskan ke laut dan ada juga yang dipelihara sebagai bahan kajian.

ANAK-ANAK penyu dilepaskan ke laut Melaka - Foto/Hassan Omar
ANAK-ANAK penyu dilepaskan ke laut Melaka – Foto/Hassan Omar

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Melaka, Nawar Abdul Karim berkata, kajian jabatan itu dan Pusat Konservasi itu menunjukkan penyu karah adalah spesis lebih kecil berbanding penyu agar dan penyu belimbing dengan saiznya antara 0.70 hingga 0.90 meter manakala penyu belimbing (1.5-2 meter) dan penyu agar (1 meter).

Sebanyak 5,143 pendaratan penyu karah dicatatkan di negeri ini, terutama di pantai Melaka barat dari 2009 hingga 2019.

Daripada hanya 380 pendaratan pada 2009, ia meningkat dari semasa ke semasa dengan jumlah paling tinggi dicatatkan pada 2018 sebanyak 600 dan diikuti pada 2017 (573), 2011 (568) dan 2019 (548).

Sebanyak 611,812 biji telur penyu dicatatkan di pantai negeri ini sejak 2009 hingga 2019 dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada 2018 sebanyak 71,044 biji dan diikuti tahun lalu (66,695 biji).

Petugas menanam telur penyu di pusat pengeraman dan penetasan penyu ketika di PKPP.- Foto/Hassan Omar
Petugas menanam telur penyu di pusat pengeraman dan penetasan penyu ketika di PKPP.- Foto/Hassan Omar

“Antara pantai yang menjadi tumpuan haiwan marin itu bertelur ialah Padang Kemunting, Pasir Gembur, Balik Batu, Kem Terendak, Tanjung Bidara, Teluk Belanga, Kuala Linggi, Meriam Patah, Tanjung Serai, Tanjung Dahan, Pengkalan Balak dan Pulau Upeh.

“Sebanyak 4,595 sarang telur penyu yang dicatatkan di pantai negeri ini dari 2009 hingga 2018 berpotensi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama, khususnya untuk pencinta haiwan berkenaan.

“Sebanyak 357,438 anak penyu dilepaskan ke laut dari 2009 hingga 2019, sekali gus menjadikan pantai di negeri ini sebagai lokasi pendaratan penyu karah tertinggi di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata, lazimnya antara 100 hingga 200 biji telur dikutip dari setiap sarang untuk dieramkan dengan suhu di bawah 29 darjah Celsius untuk menghasilkan penyu jantan manakala untuk betina pula 30 darjah Celsius dan ke atas.

Daripada 1,000 anak penyu dilepaskan ke laut, hanya 30 atau 40 ekor akan hidup dan menjadi kelangsungan hidup penyu karah.

Jumlah pendaratan penyu di negeri ini meningkat kepada 182 dari Januari hingga Mei lalu, terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan mulai 18 Mac lalu sebelum dilanjutkan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

KEADAAN pantai berpasir halus bebas ke laut. - Foto/Hassan Omar
KEADAAN pantai berpasir halus bebas ke laut. – Foto/Hassan Omar

Ia jauh lebih tinggi berbanding 106 pendaratan dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus membuktikan PKP, PKPB dan PKPP mampu mengurangkan kadar gangguan terhadap haiwan berkenaan naik ke pantai untuk bertelur.

Ketua Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu itu, Mastura Daud menjelaskan, sambil menyaksikan anak penyu dilepaskan ke laut pada waktu senja, pelancong berpeluang menyaksikan keindahan ketika matahari terbenam di ufuk barat.

Katanya, pelancong turut berpeluang menyaksikan penyu bertelur di sepanjang pantai Melaka barat asalkan tiada pihak yang mengganggu ketika haiwan berkenaan mencuba naik ke darat untuk bertelur.

Tahun lalu, sahaja PKPP menerima kunjungan 59,200 pelawat, sekali gus yang tertinggi sejak 2009 dan diikuti dengan 2018 (58,641 pelawat).

Selain itu, pusat itu turut menyediakan galeri yang menempatkan replika penyu dan kolam pemeliharaan penyu karah.

: Petugas menanam telur penyu di pusat pengeraman dan penetasan penyu di PKPP.-Foto/Hassan Omar
: Petugas menanam telur penyu di pusat pengeraman dan penetasan penyu di PKPP.-Foto/Hassan Omar

Setakat ini mempunyai enam penyu pelbagai saiz yang dilepaskan ke laut selepas selesai menjalani pelbagai kajian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat