Pinjam bertimbun nanti nak korek mana pula?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah pinjaman baru dibuat kerajaan dalam tempoh darurat dikatakan sudah meningkat ke RM75 bilion.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendakwa jumlah itu susulan kerajaan membuat pinjaman RM4.5 bilion kelmarin dan pinjam lagi RM1.5 bilion semalam.

“Maka jumlah pinjaman baru dibuat kerajaan dalam tempoh darurat naik ke RM75 bilion.

“Masih ada RM16.9 bilion dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang boleh dikorek kerajaan PN secara serta-merta selepas warta darurat terbaru hari ini (semalam),” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ramai yang tak sedar bahawa Menteri Kewangan pernah kata hutang kerajaan dijangka naik ke RM975 bilion (sikit lagi RM1 trilion) pada akhir tahun ini.

“Jumlah itu berbanding RM879.6 bilion pada akhir tahun 2020, RM793 bilion pada akhir 2019 dan RM688.6 bilion pada akhir tahun 2017 masa Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri yang kata. Bukan saya kata,” katanya.

Beliau berkata, melihat trend pinjaman terkini dan kuasa darurat yang diberi, tidak mustahil bahawa kerajaan mungkin terlepas sasaran RM975 bilion iaitu (naik RM100 bilion dalam satu tahun) dan mungkin tercecah RM1 trilion.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, dalam tempoh dua hari hutang negara bertambah RM6 bilion.

“Hari selasa pinjam RM4.5 Bilion. Hari rabu pinjam RM1.5 Bilion. Dalam tempoh dua hari hutang negara naik RM6 Bilion (Bank Negara Malaysia).

“Maka dalam tempoh 4 bulan 2021 (Januari-21 April) pinjaman yang dibuat oleh kerajaan PN ialah sebanyak RM75 Bilion.

“Antara penyumbang dana KWAN ialah hasil petroleum. Pengambilan dana itu untuk tujuan vaksin dan program imunisasi kebangsaan.

“Lepas ni nak korek mana pula? Soal Puad. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat