Cabaran bangkit semula selepas bencana – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menekankan agar Keluarga Malaysia kental mendepani cabaran untuk bangkit semula selepas bencana.

Katanya, menyedari bahawa bencana adalah sesuatu impak yang tidak dapat dielakkan, namun impak bencana boleh dikurangkan melalui inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction – DRR).

” Saya melihat bencana bukan sahaja daripada aspek kerosakan yang dibawa, tetapi juga daripada sudut positif di mana ianya adalah peluang untuk kita belajar, mengambil pengajaran serta iktibar agar kita lebih bersedia dan berdaya tahan terhadap bencana pada masa hadapan.

“Ini boleh dilaksanakan menerusi inisiatif Communication, Education and Public Awareness (CEPA) yang saya uar-uarkan semasa pembentangan RMK-12 pada 27 September 2021 lalu,” katanya ketika Webinar Risiko Bencana di Era Perubahan Iklim pada Khamis.

Perdana Menteri menegaskan, komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam merupakan kunci yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi membentuk budaya perkongsian tanggungjawab, termasuk dalam pengurangan risiko bencana.

Ujarnya, ini termasuk pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan menggalakkan keterlibatan golongan muda dan belia dalam kesedaran awam, seterusnya memacu perubahan tingkah laku ke arah komuniti berdaya tahan bencana.

“Saya bersetuju dengan inisiatif untuk memperkasakan pengurusan risiko bencana melalui penggubalan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan yang sedang dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Ini termasuk penambahbaikan kefahaman tentang risiko bencana; meningkatkan pelaburan dalam inisiatif pengurangan risiko bencana dari aspek kapasiti sumber manusia, pemerkasaan institusi, perluasan langkah mitigasi, aplikasi teknologi dan memperhebatkan langkah kesiapsiagaan nasional.

” Saya juga telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah NADMA bahawa salah satu dari usaha yang telah dijalankan oleh pihak NADMA untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang awam mengenai
risiko-risiko bencana yang terdapat di Malaysia adalah melalui penerbitan dokumen National Risk Register (NRR) for the public,” jelasnya.

Menurut Ismail Sabri, dokumen ini telah disediakan oleh NADMA dengan kerjasama rakan strategik NADMA iaitu South East Asia Disaster Prevention Research Initiative (SEADPRI-UKM) dan dokumen ini yang saya akan dilancarkan pada 28 Oktober nanti.

“Bagi saya ini adalah satu usaha yang amat baik untuk menyedarkan Keluarga Malaysia tentang pengurusan bencana yang telah dilaksanakan di Malaysia, jenis-jenis bencana sedia ada dan tindakan susulan yang
mana boleh dijadikan rujukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan sama ada untuk tujuan kajian perancangan dan pemetaan, pemantauan, sistem ramalan awal, pencegahan, mitigasi dan strategi pengurangan risiko.

“Selain itu, strategi, pelan tindakan dan program pengurangan risiko bencana yang dibangunkan perlu mengarus perdanakan Pengurangan Risiko Bencana dalam semua sektor iaitu pembangunan, ekonomi,
pendidikan, kesihatan dan sebagainya, selain koheren dengan instrumen global seperti Sendai Framework for Disaster Risk Reduction dan Paris Agreement for Climate Change bagi mencapai aspirasi Sustainable Development Goals (SDG).

“Justeru, saya berharap barisan panel pada hari ini berupaya mengupas secara tuntas isu risiko bencana dalam keadaan kesan perubahan iklim yang semakin dirasai.

“Saya juga percaya pendekatan sains dan teknologi adalah langkah penting dalam kita mengintegrasikan pengurangan risiko bencana dengan adaptasi perubahan iklim,” kata beliau.

Perdana Menteri juga memberitahu, menurut World Disasters Report 2020, dalam tempoh 6 bulan pertama dunia berhadapan dengan COVID-19, lebih daripada 100 bencana telah berlaku di seluruh dunia yang menyebabkan lebih 50 juta orang penduduk terkesan.

Ujarnya, sebanyak 99 peratus daripada kejadian bencana yang berlaku ini adalah akibat daripada janaan cuaca ekstrem.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat