Mahkamah Benarkan Najib, Nazifuddin Tangguh Bayar Tunggakan Cukai LHDN

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin untuk menangguhkan pembayaran tunggakan cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi dan bersidang bersama-sama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali serta Datuk Gunalan Muniandy sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati terdapat keadaan istimewa yang membolehkan penangguhan itu dilakukan.

Najib dan Nazifuddin memfailkan permohonan penangguhan tersebut bagi membolehkan mereka merayu terhadap keputusan mahkamah terdahulu yang menolak rayuan dua beranak itu berhubung penghakiman terus yang diperoleh Kerajaan Malaysia melalui LHDN untuk mendapatkan semula tunggakan cukai itu.

Permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan ditetapkan untuk pengurusan minggu hadapan.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN, melalui kerajaan Malaysia juga memfailkan writ saman terhadap Mohd Nazifuddin pada 24 Julai 2019, mendakwa Mohd Nazifuddin masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Najib dan Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada LHDN kerana gagal melunaskan cukai pendapatan seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat