Ada Penduduk Di Sabah Larikan Diri Bila Nampak Petugas Kesihatan – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kurang pendidikan dan kefahaman terhadap wabak COVID-19 dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi antara kekangan utama dihadapi petugas kesihatan untuk menjalankan saringan terhadap mereka di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masalah itu banyak berlaku terutama di kawasan yang jauh di pedalaman serta perkampungan air.

“Mereka (penduduk) kurang pemahaman berbanding penduduk di Semenanjung. Kami berdepan isu apabila mahu menghantar mereka yang tidak bergejala tetapi didapati positif ke hospital.

“Selain itu, kami juga melihat kepada isu keselamatan contohnya di kampung air. Justeru kami perlu bekerjasama dengan pasukan polis dan tentera.

“Mereka enggan ke hospital kerana tidak bergejala atau menunjukkan kurang bergejala,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, ada juga penduduk melarikan diri apabila ternampak petugas kesihatan datang ke perkampungan mereka, memandangkan sempadan di kampung air adalah poros dan mudah ditembusi.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai penduduk di sebuah pulau di Sabah yang enggan keluar untuk menjalani saringan ketika petugas kesihatan datang ke kawasan itu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat