580 Pesakit Covid Pulih, 732 Kes Jangkitan Baru Hari Ini – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas empat hari berturut Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 melebihi angka 800, hari ini, jumlah itu menurun kepada 732 kes seperti direkodkan sehingga jam 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif direkodkan di negara ini sebanyak 22,957 kes.

Menurutnya, terdapat enam kes kematian dicatatkan semalam dan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 580 kes menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 14,931 kes.

Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 7,827 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 535 kes. Lebih banyak ujian makmal RT-PCR dapat dijalankan di makmal di negeri Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Lebih banyak ujian RTK Antigen juga dijalankan di lapangan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 30 kes (4.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Penjara Kepayan, Kluster Tembok dan Penjara Reman.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 116 kes dan daripada jumlah itu, 49 kes adalah daripada kluster sedia dan 11 kes adalah daripada kluster baharu.

“Daripada tiga kluster baharu, satu kluster adalah berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat