Tun Fatimah ke layar digital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas lebih tiga tahun menggarap idea, kisah srikandi, Tun Fatimah: The Rebel Queen bakal diangkat ke layar digital melalui pembiayaan geran Cabaran Pencipta Kandungan Digital (DC3+) daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Geran DC3+ diberi bagi menggalak penciptaan kandungan digital yang dapat menyokong penggunaan imej janaan komputer (CGI) dalam penerbitan filem.

Pengasas dan Pengarah Urusan bzBeeConsult Sdn Bhd, Mohd Said Bani CM Din, berkata Malaysia mempunyai banyak kisah legenda yang patut diketengahkan di persada antarabangsa.

“Tun Fatimah: The Rebel Queen adalah penceritaan penting untuk memberi kesedaran dan memelihara warisan hikayat.

“Kisah ini diadaptasi daripada novel KIRANA – Dream After The Rose hasil tulisan Ketua Pegawai Operasi bzBee, Ninot Aziz.

“Kami ambil pendekatan berbeza dalam menceritakan kisah Tun Fatimah iaitu ratu Melaka terakhir pada abad ke-16 dan Melaka hari ini.

“Matlamat utama kami adalah untuk menghasilkan filem ‘blockbuster’ yang berlandaskan Melaka,” katanya kepada BH Online.

Penerbit menganggap sudah tiba masanya untuk mempamerkan pelbagai kisah hikayat, termasuk Tun Fatimah yang terkenal atas keberanian, ‘kehalusan’ berpolitik dan jati diri dalam meneruskan legasi Melaka selepas pencerobohan Portugis.

Ninot berkata, Tun Fatimah: The Rebel Queen memperkasakan tokoh wanita yang tabah dalam sejarah Malaysia selain menonjolkan nilai, budaya dan warisan Melaka.

“Sebagai pencerita, peluang untuk menerokai teknologi CGI adalah satu pengalaman amat unik.

“Hikayat legenda dan cerita rakyat menjadi penyimpan khazanah pelbagai ilmu yang merangkumi tadbir urus, protokol, diplomasi, seni bina, pembinaan kapal, persenjataan dan tekstil.

“Selain itu, ada amalan perubatan, kesusasteraan, hiburan, muzik, tarian, kebijaksanaan dan pemikiran kreatif yang membuktikan masyarakat lama kita memiliki idea dan kreativiti berkonsep ilmiah yang tinggi,” katanya.

 

Tun Fatimah: The Rebel Queen adaptasi daripada novel KIRANA - Dream After The Rose tulisan Ninot Aziz.
Tun Fatimah: The Rebel Queen adaptasi daripada novel KIRANA – Dream After The Rose tulisan Ninot Aziz.

 

Selain Said Bani dan Azlina Merican sebagai penerbit eksekutif, filem pendek Tun Fatimah: The Rebel Queen mendapat kerjasama Nur Hussein daripada Langit Terang Productions serta pasukan produksi tempatan.

Pengarah terkenal, Bade Azmi mengetuai penggambaran filem pendek yang memiliki elemen keindahan tersendiri dan amat mengagumkan itu.

Skrip filem ini dihasilkan secara kerjasama Said, Ninot dan Nadia Khan yang memperhalusi keindahan bahasa Melayu pada abad ke-16.

Komponen unik dalam penceritaan filem ini adalah penggunaan CGI bagi menggambarkan suasana Melaka pada abad berkenaan dengan lebih realistik.

Artis digital, Walid Muhamad dan artis 3D, Faizal Rahmat pula bertanggungjawab membina konsep seni filem ini.

Sementara itu, pelakon yang baru memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Antarabangsa Eropah Timur untuk filem Showtime 1958 iaitu Yna Rose Noah dipilih memegang watak utama sebagai Tun Fatimah dan Kirana.

Pelakon lain Naim Shamsol sebagai Nadim, Niezam Zaidi (Sultan Mahmud Shah) dan Jimmy Leong (Uncle Wong).

Reka muzik yang mengiringi filem ini pula diterajui Taja Mustapha, manakala pengasas kumpulan Gamelan, Gangsapura, Teuku Umar Ilany Teuku Iskandar mencipta lagu runut bunyi untuk filem itu berjudul Jiwa dan Raga.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat