COVID-19: Indonesia Catatkan Penurunan Kes

- Advertisement -

JAKARTA: Kes COVID-19 di Indonesia mencatat penurunan dan sekiranya trend itu berterusan, sekatan akan ditarik balik secara beransur-ansur mulai 26 Julai ini, kata Presiden Joko Widodo (Jokowi), semalam.

Indonesia menguatkuasakan sekatan di Kepulauan Jawa dan Bali pada 3 Julai lalu, termasuk mengekang perjalanan serta menutup pasar raya.

Channel News Asia melaporkan, pergerakan orang ramai telah dihadkan mengikut sektor pekerjaan, dengan hanya kakitangan dalam sektor kritikal seperti kesihatan dan tenaga dibenarkan kembali ke tempat kerja.

Susulan pelaksanaan langkah berkenaan, kadar jangkitan COVID-19 dan penggunaan katil di hospital dilaporkan kini menurun.

“Kami sentiasa memantau, memahami keadaan dinamik di lapangan serta mendengar luahan orang ramai yang terkesan dengan PPKM (sekatan aktiviti awam pada peringkat komuniti).

“Justeru sekiranya trend kes berterusan menurun, maka pada 26 Julai ini, kerajaan akan menarik balik ia secara beransur-ansur,” kata Jokowi dalam ucapan disiarkan melalui televisyen.

Katanya, pasar tradisional yang menjual keperluan asas harian akan dapat beroperasi hingga jam 8 malam dengan kapasiti maksimum 50 peratus bawah protokol kesihatan ketat, manakala pasar tradisional lain berkemungkinan dibenarkan beroperasi hingga jam 3 petang.

Peniaga jalanan, kedai runcit, ejen atau kedai telefon bimbit, kedai gunting rambut, kedai dobi, bengkel automotif kecil, penjaja dan perniagaan kecil lain seumpamanya pula akan dibenarkan beroperasi hingga jam 9 malam bawah protokol kesihatan yang ketat.

Sambil memaklumkan bahawa setiap pelanggan boleh mengunjungi untuk tempoh maksimum 30 minit, beliau berkata, perincian lanjut akan dijelaskan pihak kerajaan tempatan nanti.

Dalam pada itu, Jokowi berkata, kerajaan akan terus menyediakan bantuan sosial meliputi pemberian wang tunai, makanan asas serta kuota Internet kepada pelajar.

Ketika ini, penularan COVID-19 di Indonesia merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan mencatat lebih 2.9 juta jangkitan dan 76,000 kematian.

Negara ini merekodkan sekitar 50,000 jangkitan sehari pada minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa melaporkan 38,325 kes baharu COVID-19, semalam. – BERITA HARIAN/ AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat